Wednesday, August 26, 2009

Sapi

Surah Al-Baqarah.. surah yang terpanjang dalam al-quran.. mengandungi 286 ayat.

Surah ini turun di Madinah dan sebahagian besar surah ini diturunkan pada permulaan tahun Hijrah kecuali ayat 281. Ayat 281 diturunkan di Mina pada Haji Wadaa' iaitu haji Nabi Muhammad S.A.W. yang terakhir. Manakala ayat 282 merupakan ayat yang terpanjang antara surah-surah al-quran.

Surah ini dinamakan Al-Baqarah kerana di dalamnya disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah kepada Bani Israil (ayat 67 hingga 74) di mana dijelaskan watak orang Yahudi.

Surah ini dinamakan "Fusthaathul-Quran" (puncak Al-Quran) kerana memuatkan bebeapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain.

Surah ini dinamakan juga "alif-laam-miim" kerana dimulai dengan alif-laam-miim.


Isi utama surah Al-Baqarah:

Keimanan..
Dakwah Islamiyah yang dihadapkan kepada umat Islam, ahli kitab dan para musyrikin.


Hukum-hukum..
Perintah mengerjakan sembahyang; menunaikan zakat; hukum puasa; hukum haji dan umrah; hukum qishah; hal-hal yang halal dan yang haram; bernafkah di jalan Allah; hukum arak dan judi; cara menggauli anak yatim; larangan riba; hutang piutang; nafkah dan berhak menerimanya; wasiat kepada dua orang ibu bapa dan kaum kerabat; hukum sumpah; kewajipan menyampaikan amanat; sihir, hukum merosakkan masjid; hukum mengubah kitab-kitab Allah; hukum haid, edah, talak khulu' ilaa' dan hukum susuan; hukum melamar, mahar, larangan mengahwini wanita musyrik dan sebaliknya; dan hukum perang.


Kisah-kisah..
Kisah penciptaan Nabi Adam a.s.; kisah Nabi Ibrahim a.s.; kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.


Lain-lain..
Sifat-sifat orang yang bertakwa; sifat-sifat orang munafik; sifat-sifat Allah; perumpamaan-perumpamaan; kiblat; dan kebangkitan sesudah mati.

No comments:

Post a Comment