1 Ramadhan.. mula tadarus al-quran dan satu ayat kembali segar dalam ingatan.
Satu ayat dalam satu mimpi.. yang masih segar dan kekal dalam ingatan.
Cuma.. baru hari ini terpanggil untuk meneliti maknanya.
Surah Al-Baqarah, Ayat 18:
صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡىٌ۬ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ
"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta (*); dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)".
(* walaupun pancaindera mereka sihat, mereka dipandang tuli, bisu, dan buta oleh kerana tidak dapat menerima kebenaran)
Satu ayat dalam satu mimpi.. yang masih segar dan kekal dalam ingatan. Dan keesokan harinya.. terima berita.. kembalinya ke rahmatullah - abah yang dikasihi.
Al-Fatihah buat abah..
No comments:
Post a Comment