to Aida and to who ever who had forwarded this..
jazakallhu khairan khatira..
ya..
paparan umum..
namun tafsiran kepunyaan empunya diri.
continued..
Begitu sekali takutnya kita akan bahaya digigit ular bisa atau kalajengking.
Gigitan ular atau kala, kalau pun sakit mungkin dalam beberapa hari saja. Paling-paling teruk, hanya menjelang mati.
Apabila mati, tamatlah sakit itu.
Ertinya, ada merbahaya yang tidak berpanjangan, kita telah bertindak spontan membasminya apabila orang memberitahu kepada kita.
Tetapi, mengapakah ada bahaya yang berpanjangan yang mana ia tidak selesai setelah kita mati, kita tidak ambil peduli apabila ada orang memberitahu kepada kita.
Bahaya yang berpanjangan itu ialah akhlak yang jahat atau budi pekerti yang buruk.
Penyakit ini, deritanya tidak selesai di dunia, malah sesudah mati akan membawa kita terjun ke dalam neraka.
Sepatutnya, apabila ada orang memberitahu kepada kita akan kecacatan ini yang mana ia adalah bahaya, lebih-lebih lagilah kita bertindak segera.
Sepatutnya, orang yang memberitahu kita itu menerima tahniah dari kita dan banyak-banyak kita berterima kasih kepadanya.
Tetapi ini tidak berlaku dalam pengalaman hidup kita, sebaliknya orang yang memberitahu itulah yang paling kita marah dan yang amat kita sakit hati.
Akhirnya, mazmumah yang ada pada kita tidak kita usaha membuangnya, tetapi kita tokok tambah dengan mencaci nista orang yang memberitahu kepada kita itu.
Kita telah mendendami orang itu.
Ada peluang, kita kata pula kelemahannya.
Ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam.
Walau apa pun orang kata kita, kita tidak boleh membalas dengan kata cerca walau pun memang orang itu sendiri ada kecacatan yang boleh kita kata.
Kata Imam Ghazali, orang yang tidak boleh menerima nasihat dan teguran orang lain, itu menandakan hatinya sudah keras.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Thursday, April 01, 2010
Defy? No Way.. 14
continued..
Sepekara lagi yang dapat kita fahamkan di sini ialah, bahawa orang yang cerdik itu selalu bimbang terhadap dirinya.
Dia lebih bimbang terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukannya daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
Sebab itu, dia sangat bergembira kalau ada orang lain yang boleh menunjukkan kepadanya akan kesalahan-kesalahan dirinya.
Tetapi dalam pengalaman hidup kita sehari-hari, hal ini tidak berlaku.
Sebaliknya orang yang boleh menunjukkan akhlak-akhlak keji pada diri kita, orang itulah yang paling kita musuhi.
Dialah orang yang akan kita umpat dan kita kata, kalau tidak didepannya, kita akan kata di belakangnya.
Sifat-sifat akhlak yang keji atau sifat-sifat mazmumah itu, ia adalah ibarat seekor ular yang bisa atau laksana kala jengking yang bisa.
Cuba kita bayangkan, bagaimana rasanya, kalaulah seekor ular yang bisa melengkar dalam baju kita atau seekor kala jengking menyorok di dalam kocek kitas edangkan kita tidak nampak.
Tiba-tiba, ada seorang sahabat kita nampak lalu dia memberitahu kepada kita.
Sudah tentu sekali kita berasa syukur kerana ada orang yang memberitahu kita akan bahaya itu.
Tentu kita nak ucapkan tahniah kepadanya serta kita rasa hendak beri hadiah kepadanya.
Apabila kita dapat tahu saja, ada bahaya ular atau kala di dalam baju kita, cepat-cepat kita membuka baju itu dan membuangnya.
Pendek kata, kita tidak fikir apa-apa lagi, malah tak sempat pun hendak menengoknya, melainkan terus bertindak segera kerana benda yang di dalam baju kita itu amat merbahaya sekali.
Kita takut kalau-kalau belum sempat dibuang, ia sudah menggigit kita.

Defy? No Way.. 13
continued..
Begitulah sikap Saidina Umar yang digambarkan dalam sejarah.
Walau pun begitu tinggi kedudukannya kalau dibandingkan dengan para-para sahabat yang lain, namun dia masih lagi bertanya kepada sahabat-sahabat akan kesalahan dan kecacatan dirinya agar dia dapat mengetahui dan membuat pembaikan serentak.
Kita mungkin tidak boleh berbuat begitu.
Tetapi, jadilah kalau kita boleh ambil tahu tentang kesalahan diri kita dan kita senaraikan kesalahan-kesalahan itu.
Mudah-mudahan kita boleh mengawasinya di satu hari nanti.
Dapatlah kita fahamkan di sini bahawa, orang-orang yang tinggi kedudukannyadi sisi Allah s.w.t . iaitu orang yang paling hampir dengan Allah, mereka merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa terhadap Allah s.w.t. walaupun sembahyang, puasa mereka banyak, kuat berjuang dan berjihad, besar pengorbanan dan sebagainya.
Walau pun mereka banyak berbuat baik, tetapi mereka merasakan belum berbuat baik.
Kata Imam Ghazali rahimahullahuta’ala, inilah tanda orang yang cerdik.
Mereka tidak sempat hendak memikirkan kebaikan dan amal bakti yang telah mereka buat.
Sebaliknya, mereka lebih merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa.
Mereka merasakan seolah-olah mereka banyak membuat kesalahan daripada kebaikan.

Defy? No Way.. 12
continued..
Walau bagaimana tinggi sekali sanjungan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Umar malah beliau adalah antara sahabat-sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. waktu hidupnya lagi, dia tetap takut dengan dirinya, bimbang kalau-kalau ada sifat-sifat munafik.
Kalaulah Saidina Umar yang begitu hebat pun takut akan berlakunya sifat-sifat munafik itu dalam dirinya, betapalah kita ini.
Kerana, sifat munafik itu amat mudah berlaku.
Cuba kita lihat satu contoh munafik yang boleh berlaku kepada kita.
Kita selalu mengucapkan dalam sembahyang yang maksudnya:
“Sesungguhnya, sembahyang aku, ibadah aku dan seluruh hidup dan mati ku iniadalah untuk engkau Tuhan Rabbul ‘alamin.”
Ini adalah janji dan ikrar kita kepada Allah s.w.t. dalam sembahyang.
Kemudian cuba kita suluh perbuatan lahir kita di luar sembahyang, apakah ia menepati janji kita dalam sembahyang.
Seandainya perbuatan kita di luar sembahyang tidak menepati janji itu serta tidak selaras dengannya, maka telah berlakulah sifat munafik dalam diri kita.
Sebab itu, sepatutnya, hendaklah kita lebih risau tentang diri kita daripada kita merisaukan tentang diri orang lain.
Sepatutnyalah kita lebih risau tentang kesalahan diri kita daripada kita risau tentang kesalahan diri orang lain.
Mana-mana yang boleh kita baiki kesalahan diri orang lain itu, kita cubalah baiki dengan penuh kasih sayang.
Tetapi, kalau tidak boleh, maka hendaklah kita doakan dia.
Sikap seperti inilah yang susah hendak kita lakukan.
Jadilah, kalau kita dapat menceritakan sikap orang-orang soleh zaman dahulu, lebih-lebih lagi sikap para-para sahabat, yang bukan sahaja soleh tetapi adalah bertaraf mukarrobin.
Sedikit kesalahan pun walau tidak jatuh kepada dosa, mereka sudah merasakan satu bebenan yang berat.
Hal ini pernah juga diriwayatkan pada Saidina Umar setelah beliau menjadi Khalifah.
Suatu hari, beliau pernah bertanya kepada seorang sahabatnya.
Katanya:
“Wahai sahabat, adakah kamu nampak apa-apa kesalahan pada diri aku?”
Sahabat-sahabat begitu jujur dan amat mengetahui hati Saidina Umar.
Ertinya, kalau mereka memperkatakan tentang kesalahannya, dia tidak akan marah.
Maka itu, sahabat tadi menjawab:
“Aku lihat, engkau makan dua jenis lauk.”
Rupa-rupanya, itu yang hendak disampaikan oleh sahabat tadi.
Kalau pada diri kita, makan dua jenis lauk itu tidak ada kena mengena dengan kesalahan yang hendak kita ketahui.
Tetapi bagi Saidina Umar, teguran sahabat tadi dirasakannya tersangat berat hinggakan selepas itu dia tidak lagi makan dua jenis lauk.
Kalau kita lihat dari segi hukum, makan dua jenis lauk tidaklah merupakan satu perbuatan dosa, tetapi sudah memang begitu sifat orang mukarrobin.
Bagi mereka, "kebaikan yang dilakukan oleh orang soleh adalah merupakan satu kesalahan."
Nampaknya, kita jauh dari itu.
Bukan sekadar dua jenis lauk saja, malah kadang-kadang sampai lima jenis yang terdiri pula daripada ayam goreng, sayur-sayur, dua tiga jenis ikan dan sebagainya, itupun kita tidak ada selera hendak makan.
Masih lagi kita rasakan susah hati menghadap hidangan seperti itu.
Walau bagaimana pun apa boleh buat, kita terpaksa ceritakan juga perbuatan-perbuatan orang soleh walau pun kita tidak boleh melakukannya.
Mudah-mudahan dengan kita menceritakan kisah-kisah orang soleh itu menjadi rahmat.

Defy? No Way.. 11
continued..
Sikap seorang sahabat seperti yang saya huraikan tadi memang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah, orang-orang soleh dan para-para pemimpin zaman dahulu.
Umpamanya Saidina Umar, seorang tokoh Islam yang ulung, Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar dan seorang mukmin yang amat keras mempertahankan kebenaran, tegas dalam berpegang kepada hukum hakam serta sangat kuat memisahkan di antara yang hak dengan yang batil, dia juga telah memperlihatkan sikap mencari seorang sahabat yang dapat menyuluh kecacatan dirinya.
Sebab itu, dalam kitab-kitab ada diriwayatkan kata-kata Saidina Umar yang bermaksud:
“Moga-moga Allah s.w.t. dapat merahmati seseorang yang telah dapat menunjukkan kesalahan-kesalahan aku.”
Demikian Saidina Umar, salah seorang daripada Khulafa-ar-Rusyidin yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.
Pegangan ahli Sunnah wal jamaah menerima mereka ini sebagai khalifah yang hak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Hendaklah kamu mengikut perjalanan aku dan perjalanan Khulafa-ar Rusyidin yang dapat memberi petunjuk.”
Khulafa-ar-Rusyidin yang dimaksudkan oleh Rasulullah di atas ialah keempat-empat khalifah tadi iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.
Ahli Sunnah wal Jamaah menerima mereka ini kecuali kaum-kaum Syiah sahaja yang menolak tiga daripada mereka iaitu Abu Bakar, Umar dan Osman.
Kaum Syiah tidak menerima mereka ini sebagai Khulafa-ar-Rusyidin tetapi hanya menerima Saidina Ali sahaja.
Saidina Umar yang begitu besar kedudukannya pun, dia begitu gembira kalau ada sahabat-sahabat yang dapat menunjukkan kepadanya kecacatan dirinya.
Antara sahabat Rasulullah yang menjadi tempat Saidina Umar bertanyakan tentang sifat-sifat kecacatan pada dirinya ialah Abu Huzaifah ra.
Adapun Abu Huzaifah ini adalah seorang sahabat Rasulullah yang ulung juga.
Kelebihannya ialah, dia mempunyai pandangan tembus serta boleh membaca hati orang.
Dia juga boleh menyingkap hal-hal yang berlaku di akhir zaman.
Sebab itulah, apabila dia bertanyakan sesuatu daripada Raulullah s.a.w., pertanyaan ialah hal-hal yang berlaku di akhir zaman.
Hasil daripada itu, kalau kita tengok dalam kitab-kitab hadis, kebanyakan hadis-hadis akhir zamana dalah dari riwayat Abu Huzaifah, kerana Abu Huzaifah dapat melihat apa yang akan berlaku di akhir zaman yang pada zaman Rasulullah s.a.w. perkara itu tidak berlaku.
Dari segi lahirnya, Saidina Umar adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Abu Huzaifah, namun Saidina Umar diriwayatkan pernah bertanya Abu Huzaifah kerana bimbang dan takutnya, kalau-kalau ada sifat-sifat munafik dalam dirinya.
Kata Saidina Umar,
“Wahai Abu Huzaifah, Engkau adalah memiliki rahsia-rahsia Rasulullah saw. Adakah engkau melihat pada diri aku ini, bekas-bekas sifat munafik.”
Begitu sekali, Saidina Umar menunjukkan sikapnya dalam hendak mengetahui kecacatan-kecacatan yang ada pada dirinya.
Padahal Saidina Umar itu sendiri adalah seorang yang penuh taqwa lagi soleh yang dia sendirinya mempunyai pandangan tembus.
Kerana ketaqwaan Saidina Umar itu sendiri, syaitan-syaitan pun takut dengannya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan betapa takutnya syaitan kepada Saidina Umar, jangankan hendak menggodanya, malah hendak melalui jalan yang pernah ditempoh oleh Saidina Umar pun Syaitan takut.
Begitu sekali tingginya taraf keimanan Saidina Umar.
Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah menggambarkan ketinggian iman Saidina Umar dengan mengatakan betapa, kalaulah ada Nabi selepas dari baginda, maka Saidina Umarlah.
Tetapi, oleh kerana Rasulullah s.a.w. itu penamat segala nabi dan Rasul, maka tidaklah berlaku.

Defy? No Way.. 10
continued..
Jalan yang kedua yang boleh kita tempoh untuk mengetahui kecacatan dan keaiban diri kita ialah dengan mencari seorang sahabat.
Adapun seorang sahabat yang sebenarnya ialah sahabat yang beragama lagi soleh dan bertaqwa.
Dia bersifat benar dalam serba serbi, benar akidahnya, benar percakapannya, benar perbuatannya dan sebagainya.
Sahabat seperti ini hendaklah kita damping selalu.
Kita makan minum bersama-samanya, kita bergaul bersama-samanya, tidur baring bersamanya, berjalan-jalan bersamanya dan seterusnya.
Seorang sahabat seperti ini, dia tidak mengajar sahaja dan sebab itu tidak boleh kita panggil guru.
Namun sikapnya samalah seperti seorang guru kerana kesolehannya, ketaqwaannya, akhlaknya dan sebagainya.
Betapa tidaknya, kalau kita membuat kesalahan dan kesilapan, dia akan memperlihatkan kepada kita dengan penuh kasih sayang serta dengan penuh hikmah dalam keadaan empat biji mata.
Dia boleh berbuat demikian kerana dia akan sayang diri orang lain macam dia menyayangi dirinya sendiri.
Seorang sahabat yang benar-benar, dia akan memiliki sifat ini iaitu sifat yang menjadi pakaian kepada mukmin yang sejati sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu itu hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
Seorang sahabat yang benar, yang lurus dan yang mempunyai pandangan tembus juga, dia tidak akan merasa senang atau resah gelisah terhadap apa yang berlaku pada diri sahabatnya yang lain seperti mana tidak senangnya dia terhadap apa yang berlaku pada dirinya.
Kalau sahabatnya berdosa, dia merasa seolah-olah macam dia berdosa.
Begitu juga, kalau sahabatnya itu mendapat kesenangan, dia merasa senang hati.
Di samping itu, kalau kita ada membuat salah silap atau menipu, dia akan datang kepada kita untuk memberitahu tentang salah silap kita itu.
Dengan demikian, tahulah kita akan kecacatan-kecacatan diri kita dan senanglah kita memperbaikinya.
Daripada seorang sahabat yang sebenar-benarnya, kita juga boleh mengetahui kecacatan dan keaiban kita sepertimana kita dapat mengetahuinya melalui berguru.

Defy? No Way.. 9
continued..
Dengan penjelasan ini, rupa-rupanya dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sebelum tidur, boleh mengubat hati yang susah.
Jadi Rasulullah itu mengubat hati.
Rasulullah s.a.w. tahu bahawa penyakit yang sebenarnya ialah hati yang masih ingat dengan mata benda.
Apabila benda yang diinginkan tidak dapat, maka hati akan menderita dengan benda yang tidak diperolehi itu.
Sebab itu, yang menderita kerana miskin itu ialah hati kerana hati hendak benda-benda.
Jadi Rasulullah s.a.w. mengubat hati itu dengan memberikan kalimah-kalimah tersebut.
Rupa-rupanya, amalan itu telah memberi kesan kepada jiwa kedua orang suami isteri itu.
Begitulah cara Rasulullah s.a.w. mendidik anak muridnya ketika memberi wirid-wirid tertentu untuk dijadikan amalan bagi mengubat hati.
Seterusnya dengan sahabat-sahabat yang lain, lain pula caranya.
Setiap zikir yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat, benar-benar berkesan kepada hati mereka hingga benar-benar penyakit hati mereka terubat.
Seperti Saidina Ali dan Siti Fatimah, mereka dapat benar-benar merasakan yang kalimah itu mengubat hati mereka hingga kesusahan tidak lagi dirasai susah, malah kesusahan itu menghibur hati mereka.
Ini adalah kerana, mereka sungguh-sungguh mengamalkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar itu serta dirasakan sungguh-sungguh.

Defy? No Way.. 8
continued..
Kita perhatian bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat dalam memberikan fadhailul amal atau wirid-wirid tertentu.
Dari seorang sahabat kepada seorang sahabat, ianya tidak sama.
Saya coretkan sedikit di sini kesah hidup anakanda beliau Siti Fatimah bersama suaminya Saidina Ali.
Siti Fatimah, sejak ditinggalkan oleh ibunya Siti Khatijah, hidupnya adalah dalam kemiskinan kerana Rasulullah s.a.w. habis mengorbankan semua hartanya.
Memang demikian Rasulullah s.a.w. hendak mendidik anaknya supaya zuhud.
Kemudian apabila dewasa, Rasulullah s.a.w. mengahwinkannya pula dengan Saidina Ali, sepupunya, yang mana Saidina Ali itu adalah seorang yang miskin juga.
Pendek kata, miskin sama miskin, akhirnya menjadi papa kedana.
Begitu melarat sekali kehidupan kedua suami isteri itu.
Siti Fatimah sendiri terpaksa berhempas pulas mengatur urusan-urusan rumahtangganya yang antaranya mengambil air di perigi pun sampai terpaksa berulang alik ke rumah sejarak 2 batu.
Kerja-kerja melayan anak-anaknya juga dibuat sendiri, kerana Saidina Ali suaminya kalau keluar rumah samada berdakwah atau pergi ke medan perang, berbulan-bulan atau berminggu-minggu barulah balik.
Kerana tekanan hidup yang begitu payah, maka suatu hari berbincanglah kedua suami isteri itu untuk mengadu kepada Rasulullah s.a.w.
Siti Fatimah ingin memohon belas dari ayahnya Rasulullah s.a.w. memberikan kepadanya seorang hamba tawanan perang untuk menjadi pembantu dalam urusan mengendalikan rumahtangganya.
Kerana pada ketika itu adalah di awal Islam dalam mana Rasulullah banyak memperolehi harta-harta rampasan perang termasuk hamba-hamba sahaya yang ditawan.
Kedua-duanya pun mengadukanlah kesusahan hidup yang mereka alami dan memohon agar Rasulullah s.a.w. dapat memberikan kepada mereka berdua seorang hamba sahaya untuk membantu meringankan sedikit bebanan hidup mereka.
Rasulullah s.a.w. begitu mengetahui hal keadaan anaknya dan menantunya.
Al maklum, itulah satu-satunya sahaja anaknya yang tinggal.
Maka berkatalah Rasulullah s.a.w. kepada kedua anaknya itu yang antara katanya lebih kurang bermaksud:
“Wahai anakandaku berdua. Penderitaan yang kamu tanggung itu yang sebenarnya hati kamu yang merasa menderita. Dan setiap kesusahan yang kamu alami itu adalah kerana hati kamu yang merasa susah. Oleh kerana itu, sukakah kamu berdua, aku berikan satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta.”
Mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu, kedua-duanya begitu gembira sekali kerana baginda hendak memberi mereka perkara yang lebih baik daripada yang diminta.
Rasulullah s.a.w. bukannya memberi anakandanya benda lahir tetapi ialah zikir-zikir untuk dijadikan zikir dan amalan tetap.
Kata Rasulullah kepada anakanda keduanya itu yang bermaksud lebih kurang,
“Wahai Ali dan Siti Fatimah, perkara yang lebih baik daripada yang engkau berdua minta yang hendak aku berikan kepada kamu ialah, menjelang kamu tidur pada tiap-tiap malam hendaklah kamu baca Subhanallah.. Subhanallah sebanyak 33 kali, Alhamdulillah.. Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar.. AllahuAkbar sebanyak 33 kali. Hendaklah engkau amalkan ini sungguh-sungguh.”
Akhirnya kedua orang anaknya itu baliklah ke rumah.
Tidak berapa lama kemudian datanglah keduanya sekali lagi menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,
“Wahai ayahanda, kami telah berpuas hati dengan amalan yang ayahanda telah berikan kepada kami dahulu. Sekarang kami tidak lagi merasakan kesusahan penderitaan hidup ini. Hati kami sudah tenang. Cukuplah hidup kami seperti mana selama ini dan kami tidak mahu meminta apa-apa lagi dari ayahanda.”

Defy? No Way.. 7
continued..
Kalau kita lihat dalam sejarah, guru-guru mursyid ini, ketika dia menyampaikan pengajian kepada anak-anak muridnya, perkara-perkara yang menjadi persoalan asas seperti rukum iman yang enam dan rukun Islam yang lima, akan disampaikannya secara menyeluruh kepada semua orang.
Perkara-perkara amalan utama atau fadhailul ‘amal, tidak akan sama disampaikannya.
Ini akan diberinya mengikut pandangan tembusnya terhadap murid-muridnya.
Umpamanya seorang anak muridnya mempuanyai sifat ego.
Dia akan memberi anak muridnya itu wirid-wirid tertentu yang akan melawan egonya itu.
Kemudian seorang murid lain bersifat bakhil.
Dia akan memberi muridnya itu satu bentuk wirid lain untuk mengikis sifat bakhil itu.
Begitu juga,seorang murid lain pula didapatinya mempunyai sifat penakut.
Nanti dia akan memberikan bacaan-bacaan tertentu untuk mengubat penyakit itu.
Begitulah seterusnya, tok guru itu menyampaikan ilmunya kepada setiap individu tentang perkara yang menjadi amalan-amalan utama.

Defy? No Way.. 6
continued..
Guru-guru yang mursyid ialah guru yang mempunyai pandangan tembus melalui firasat, kalau pun tidak melalui mukasyafah.
Seandainya seorang itu mukasyafah, Allah benar-benar membuka pintu hatinya hingga dia boleh nampak sikap dan perangai orang yang di hadapannya.
Umpamanya, kalau orang itu bersifat macam ular, dia benar-benar nampak ular di hadapannya.
Dengan demikian, mudah sekali dia membuat pembaikan ke atas orang itu.
Begitu juga, kalau orang di depannya musang, dia akan benar-benar melihat musang di hadapannya.
Bertolak dari situ, dia berusaha membaiki orang itu.
Cuma dia tidak boleh beritahu pada sesiapa pun walau orang di depannya itu.
Ini adalah rahsia daripada Allah yang Allah berikan kepada seseorang itu.
Kalau ia dipersia-siakan dengan menceritakan kepada orang lain, boleh jadi Allah akan tarik balik pemberian itu.
Orang yang mukasyafah seperti ini tidak mudah ditemui pada hari ini.
Tetapi agak rendah sedikit dari taraf mukasyafah itu boleh berlaku.
Peringkat ini ialah peringkat firasat yang boleh melalui gerak hati.
Selalunya, gerak hati orang itu adalah tepat dan benar.
Umpamanya, kalau hatinya merasa bahawa orang di hadapannya itu seorang pencuri, memanglah benar yang orang itu pencuri.
Orang yang mempunyai firasat seperti inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya di atas.
Malangnya, bagi kita ini, taraf mukasyafah pun tidak ada dan taraf firasatpun tidak ada.
Yang ada hanya taraf psikologi yang mana ia tidak dipakai kerana ia merupakan falsafah orang barat.
Sebab itulah, hendak mencari guru yang boleh mendidik diri kita adalah amat susah di hari ini. Kalau kita tidak mengaji pula, tidak boleh juga kerana yang demikian langsung kita tidak tahu.
Akibatnya boleh membawa kita kepada jalan kesesatan selama-lamanya. Jadi, terpaksalah kita mencari guru-guru yang agak berpatutan dan kemudian kita usahakanlah untuk membaiki diri sendiri dengan ilmu yang kita perolehi.

Defy? No Way.. 5
continued..
Dengan adanya petunjuk dan pimpinan daripada Allah s.w.t. pada diri seseorang itu, dia akan dapat mengetahui kecacatan dan keaiban dirinya yang kemudian bolehlah dia membuat perubahan.
Kalau seseorang itu tidak mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah s.w.t., dia tidak akan mengetahui kecacatan dirinya hingga dia terus menerus hidup dalam kedurhakaan kepada Allah s.w.t. sampai mati.
Inilah yang lazim berlaku pada umum manusia.
Kita lebih pakar dalam mengetahui kejahatan orang lain daripada mengetahui kejahatan diri sendiri. Kerana itu, manusia ini sentiasa bersikap seperti mana kata pepatah melayu:
"Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tak nampak."
Bagaimana seseorang itu hendak mengetahui kecacatan dan keaiban pada dirinya?
Dalam kitab Mauizatul Mukminin karangan Imam Ghazalirahimahullahu ta’ala, dikatakan ada 4 jalan bagaimana kita boleh mengetahui keaiban diri kita.
Jalan yang pertama ialah dengan seseorang itu duduk berhadapan dengan guru yang dapat mengetahui keaiban dan kecacatan dirinya yang tersembunyi.
Kemudian, dia dapat mengikuti syarahan dan nasihat gurunya itu dalam dia bermujahadah.
Orang yang hendak mengetahui keaiban dan kecacatan dirinya mesti mencari seorang guru yang pakar serta yang mempunyai pandangan tembus.
Guru seperti ini ialah guru yang soleh dan yang berakhlak.
Orang itu mesti berdamping selalu dengan gurunya itu hingga kecacatan dirinya sama ada yang lahir mahupun yang batin dapat dilihat oleh gurunya tadi.
Dari situ, gurunya nanti akan dapat memimpin dia daripada satu peringkat ke satu peringkat.
Tetapi yang malangnya bagi kita di akhir zaman ini, guru yang soleh serta yang berpandangan tembus yang hatinya selalu hampir dengan Allah s.w.t. amat payah hendak kita dapati.
Guru seperti ini adalah guru yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud:
“Hendaklah kau takut tentang firasat seorang mukmin itu. Kalau dia melihat, dia melihat dari cahaya Allah.”
Maksudnya, seorang mukmin itu, kalau dia melihat sesuatu, dia dipimpin oleh Allah hingga pandangannya tepat, gerak hatinya atau rasa hatinya tepat serta apa yang difikirkannya tepat.
Guru yang mukmin semacam inilah yang susah hendak kita cari pada masa ini.
Tetapi yang banyak kita temui ialah sepertimana kata Rasulullah s.a.w., guru-guru yang menjadi tukang-tukang syarah saja tetapi tidak mursyid.

Defy? No Way.. 4
continued..
Di antara sebab-sebab seseorang itu boleh mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah, walau pun dia orang yang sesat pada mulanya, dia boleh jadi orang yang begitu taat kepada ayah dan ibunya.
Dia sangat kasih dan sangat membela kedua ibu bapanya.
Orang yang seperti ini, pada penghujung hidupnya nanti, Allah akan beri dia taufik dan hidayah.
Hal seperti ini memang sudah berlaku dalam sejarah.
Begitu juga, seseorang itu sentiasa hidup dalam kedurhakaan serta sentiasa bergelumang dengan kejahatan, tetapi dia sentiasa menghormati para alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya.
Orang yang semacam ini, di penghujung hayatnya nanti, Allah beri dia petunjuk dan hidayah.
Ada juga seseorang itu terus menerus tidak mendapat petunjuk dan hidayah atau boleh jadi mendapat petunjuk pada awalnya tetapi di penghujungnya Allah tarik balik petunjuk itu.
Hal ini boleh berlaku jika dia terlalu banyak salah silapnya dengan manusia.
Dosanya dengan manusia terlalu banyak dan tidak berampun.
Harus kita ingat bahawa dosa kita sesama manusia tidak akan selesai kalau sekiranya kita tidak minta maaf dengannya.
Contohnya, dosa kita berbentuk umpatan, fitnah, mengkafirkan atau kita munafikkan dia atau kita hina dia dan sebagainya.
Dosa-dosa ini adalah terlalu besar yang kadang-kadang menghijab atau mendinding kita dari petunjuk Allah s.w.t.
Perlu kita sedar, perbuatan mengumpat ini adalah amat besar dosanya.
Bagi setengah-setengah ulama, mereka mengatakan bahawa dosa mengumpat adalah lebih besar daripada dosa zina.
Sedangkan perkara inilah yang ramai sekali orang tidak menyedarinya.
Mengumpat sudah menjadi kelaziman di hari ini.
Setiap hari kita membacanya dalam akhbar-akhbar atau internet hingga kita pun ikut menjadi tukang umpat.
Dalam akhbar atau internet menceritakan kisah orang besar, orang kecil, orang itu dan orang ini.
Adapun menceritakan suatu keaiban pada diri seseorang yang memang sebenarnya dia lakukan, itulah yang sebenarnya mengumpat.
Kalau kita ceritakan hal seseorang itu yang dia tidak lakukan, maka itu dinamakan memfitnah.
Lebih berat lagi dosanya.
“Memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.”
Sebab itu hendaklah kita jaga benar-benar percakapan kita ini kerana mudah sangat kita terjebak dengan percakapan mengumpat atau memfitnah.
Kadang-kadang dosa dari kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah kecil tetapi dosa kita mengumpat itu adalah lebih besar.
Dosa-dosa seperti inilah yang kadang kalanya menghijab kita daripada petunjuk Allah s.w.t.
Orang yang hidupnya penuh bergelumang dengan dosa pada mulanya tetapi dipenghujung hayatnya dia mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. kerana ada perbuatan baik yang dipandang besar oleh Allah s.w.t. seperti taat kepada ibu dan bapa atau dia sentiasa menghormati tok-tok alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya.
Selain daripada itu, boleh jadi juga seorang itu jahat tetapi kejahatannya dengan Allah sahaja.
Dia tidak pernah jahat dengan manusia seperti dia tidak mengumpat, kata mengata, membuat fitnah dan sebaganya.
Dia tidak cacat dengan manusia, cuma boleh jadi dia tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak naik haji walau pun sudah cukup syarat dan kesalahan-kesalahan yang seumpama itu.

Defy? No Way.. 3
continued..
Orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk (taufik dan hidayah) daripada Allah s.w.t. atau sebaliknya, mesti ada sebab-sebabnya.
Ertinya, ada sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah dan juga ada sebab mengapa seseorang itu tidak mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah.
Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak menganiaya diri seseorang itu. Tetapi orang itulah yang menganiaya dirinya sendiri.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang manusia itu tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.”
Orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. itu mungkin ada sebab-sebab yang tertentu.
Mungkin dia ada melakukan satu kesalahan yang besar menyebabkan Allah tersangat marah. Kesalahan itu menjadi hijab atau dinding untuknya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Walau pun boleh jadi ada ketika-ketikanya dia mendapat petunjuk atau berada dalam petunjuk, tetapi manakala dia melakukan satu kesalahan yang begitu besar di sisi Allah, akhirnya Allah tidak memberi dia petunjuk sampai ke hujung. Dia berpatah balik ke belakang.
Begitu jugalah dengan orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Mungkin dia ada melakukan satu perkara yang pada sisi Allah, adalah satu kebaikan yang besar. Atas sebab itu, di penghujung umurnya Allah beri dia petunjuk. Kerana itu, perkara-perkara seperti inilah yang mesti kita perhatikan kepada diri kita bukan kepada orang lain.

Defy? No Way.. 2
I received this from Aida via e-mail.. of course a forward and forwarded e-mail from one source to another as usual.
Well.. yang memberi kefahaman.. Dia jua.
Orang yang Mendapat Pimpinan dan Petunjuk Allah s.w.t.
Di sini saya akan memperkatakan jalan-jalan bagi manusia mengetahui keaiban dirinya. Dengan kita dapat mengetahui keaiban pada diri kita, dapatlah kita berikhtiar memperbaikinya atau berikhtiar untuk membuat perubahan.
Allah s.w.t., kalau Dia menghendaki seseorang itu menjadi baik atau menjadi orang soleh, Allah sentiasa akan memimpin dia supaya dapat mengetahui keaiban dirinya, sama ada keaiban yang lahir mahu pun keaiban yang batin.
Ini tanda orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. Dia akan sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dan taat kepada Allah s.w.t.
Kalau orang itu Allah kehendaki menjadi orang yang jahat serta yang durhaka kepada Allah, maka Allah tidak pimpin orang itu untuk dapat mengetahui kejahatan serta keaiban dirinya walaupun dia sentiasa membuat jahat, sama ada yang lahirnya atau yang batinnya.
Dia tidak didorong oleh Allah swt untuk mengetahui kecacatan dan keaiban yang berlaku pada dirinya. Ini tanda orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt.
Kalau orang yang Allah pimpin supaya sentiasa dapat melihat kecacatan dan keaiban yang berlaku pada dirinya, maka mudahlah dia membuat pembaikan dirinya sama ada pembaikan yang lahir mahu pun yang batin. Dan mudah pulalah dia mengusahakan rawatan-rawatan yang sesuai untuk mengubat jiwanya yang sudah rosak atau akhlaknya yang cacat itu.
Kalau seseorang itu Allah tidak pimpin dan tidak memberinya petunjuk, dia tidak akan dapat melihat keaiban dan kecacatan pada dirinya walau pun dia bergelumang dengan dosa sama ada yang lahir mahupun yang batin.
Walaupun dia sentiasa durhaka serta engkar dan mungkar kepada Allah, namun dia tidak sedar yang dia membuat durhaka, engkar dan mungkar kepada Allah. Apabila dia tidak sedar yang dia membuat durhaka kepada Allah s.w.t, maka tidaklah ada usaha darinya untuk membuat pembaikan diri. Akhirnya dia terus dengan perbuatan-perbuatan jahatnya hingga mati.

Tuesday, March 30, 2010
Hide and Seek?
Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Sa'ad bin Abu Waqqash:
"Sesungguhnya Allah cinta hambaNya yang taqwa, yang bersih (dari segala penyakit hati) lagi yang menyembunyikan dirinya (demi menjauhkan diri dari pengaruh-pengaruh yang tidak baik)"
Sebagaimana berlaku ribuan tahun pada zaman dahulu di mana beberapa orang hamba Allah yang saleh menyembunyikan diri demi menyelamatkan iman dan ibadah mereka kepada Allah daripada pengaruh mesyarakat yang sudah luar biasa kedurhakaan kepada Allah. Mereka memisahkan diri mereka langsung masuk ke gua yang sunyi sepi, jauh terpisah daripada pergaulan masyarakat manusia.
Allah berfirman dalam al-Quran:
surah Al-Kahfi, ayat 16:
"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna."
Ayat ini membawa pengertian bahawa apabila sesuatu kemungkaran telah bermaharajalela di mana tidak mungkin di atasi selain kita pasti terjebak ke dalamnya dan jatuh pula terus ke dalam jurangnya, maka Allah memerintahkan kita uzlah dan berhijrah ke bumi lain di mana agama kita selamat dan hati kita tenteram dan tenang menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t.
read also:
Kisah Ashabul Kahfi

Monday, March 15, 2010
Aliran dalam Darah.. 8
10 Permintaan Iblis kepada Allah S.W.T.
“Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam.”
“Apa saja?”
“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.
Allah berfirman,
“Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan”
Surah Al-Israa', Ayat 64:
"Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)".
Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata."
Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya.
Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba.
Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.
Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah.
Maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.
Aku minta agar bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.
Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.
Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.
Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.
Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.
Allah berfirman,
“Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan”
Surah Al-Israa', Ayat 27:
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat:

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.
Allah menjawab, “Silakan”, aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat.
Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.
Iblis berkata:
Iblis berkata:
“ Wahai Muhammad, aku tak bisa meyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda.”
Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun.
Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah.
Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini.
Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara.
Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya.
Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.
Rasulullah SAW lalu membaca ayat:
“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT”
Surah Hud, Ayat 118-119:
"Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
Juga membaca,
“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku.
"Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya."
Iblis lalu berkata:
“Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.
Maha suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka.
Aku si celaka yang terusir.
Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu.
Dan aku tak berbohong.”
Aliran dalam Darah.. 7
Cara Iblis Menggoda
Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?
Akulah makhluk pertama yang berdusta.
Pendusta adalah sahabatku.
Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.
Tahukah kau Muhammad?
Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.
Sumpah dusta adalah kegemaranku.
Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.
Kesaksian palsu kegembiraanku.
Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar.
Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai, isterinya menjadi haram baginya.
Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat.
Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, “cerai”.
Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur solat.

Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.
Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat.

Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh.
Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘solatmu tidak sah’.
Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.
Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Lalu ia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.
Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia solat berjema’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum imam.
Kamu tahu bahawa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan diubah menjadi wajah keledai.
Jika ia berhasil mengalahkan ku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam solat.
Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia, dan ia pun semakin taat padaku.
Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat.
Aku katakan padanya, “Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat."
Ia pun mati dalam kekafiran.
Ia pun mati dalam kekafiran.
Jika ia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam ?
Aliran dalam Darah.. 6
Iblis Dibantu oleh 70,000 Anak-Anaknya
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memilki 70,000 syaitan.
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama.
Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda.
Sebahagian untuk mengganggu orang tua.
Sebahagian untuk mengganggu wanita tua.
Sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjema’ah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjema’ah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu,” lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak-anakku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad?
Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
Aliran dalam Darah.. 5
Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang yang Ikhlas
Rasullullah S.A.W. lalu bersabda:
“Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”
Iblis segera menimpali:
“Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau bisa berbahagia dengan umatmu, sementara aku bisa masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak bisa melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang bisa membaca dan tidak bisa membaca, yang durjana dan yang saleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”
“Tidaklah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku. “
Aliran dalam Darah.. 4
Manusia yang Menjadi Teman Iblis
Nabi lalu bertanya:
“Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba.”
“Siapa sahabatmu?”
“Pezina.”
“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat Juma’at.”
“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”
Subscribe to:
Posts (Atom)