Iblis Dibantu oleh 70,000 Anak-Anaknya
Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70,000 anak dan setiap anak memilki 70,000 syaitan.
Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama.
Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda.
Sebahagian untuk mengganggu orang tua.
Sebahagian untuk mengganggu wanita tua.
Sebahagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.
Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjema’ah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjema’ah.
Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.
Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia beberkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.
Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.
Syaitan juga berkata, “Keluarkan tanganmu,” lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.
Mereka, anak-anakku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.
Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.
Tahukah kamu, Muhammad?
Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.
No comments:
Post a Comment