ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
I was never a person who took well to any form of praising. It always feared me once a praise was said upon me. Alhamdulillah.. now I understand it well.
Apakah yang kita faham atau benar-benar faham tentang puji.. iaitu segala macam puji yang kita terima dalam kehidupan seharian kita.. segala puji-pujian, puji-memuji, memuji-muji dan 1001 macam puji ini?
Segala puji.. membawa maksud terdapatnya pelbagai puji-pujian yakni:
- Puji Qadim bagi Qadim
- Puji baharu bagi Qadim
- Puji Qadim bagi baharu
- Puji baharu bagi baharu, kembali pada Qadim
1)
Puji Qadim bagi Qadim
Allah puji Dia sendiri
Allah puji Dia sendiri.. sebagaimana yang banyak terkandung dalam al-Quran.. antaranya:
innallaha ‘alaa kullisyai in qadiir
"Allah Ta’ala di atas tiap-tiap sesuatu Amat Kuasa"
innallaha ghoniyyun hamiid
"Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Kaya Maha Terpuji"
2)
Puji baharu bagi Qadim
Makhluk-makhluk Allah memuji Allah.. sebagaimana manusia memuji Allah:
- subhanallah
- alhamdulillah
- Allahu Akhbar
juga:
- malaikat puji Allah
- binatang puji Allah
- pokok kayu puji Allah dan seterunya
3)
Puji Qadim bagi baharu
laqod kaana lakum fii rasuulillah ushwatun hasanah
"sesungguhnya pada Rasulullah itu contoh teladan yang terbaik"
khuluqul ‘Azhiim
"akhlak yang terpuji"
4)
Puji baharu bagi baharu, kembali pada Qadim
Apabila kita puji sesama kita, hendaklah kita ingat yang mengurniakan setiap sesuatu kepada kita adalah Allah Ta’ala.
Maka puji kita sesama kita, hendaklah kita kembalikan kepada Allah Ta’ala.. sebagaimana kita memuji sesama kita.. antaranya:
cantik lah you ni.
cantik itu siapa yang beri?
Allah Ta'ala
engkau ni kaya sungguh ya.
kekayaan itu siapa yang beri?
Allah Ta’ala
Puji kita sesama kita.. hendaklah kita kembalikan kepada Allah Ta'ala.
Segala puji sesama kita.. kita kembalikan kepada Allah Ta'ala, maka tidaklah kita berdosa.
Maka, eloklah jika kita hendak memuji seseorang.. kita berhati-hati yakni pujilah seseorang yang faham bahawa apabila dia menerima pujian dalam apa jua bentuk itu.. dia ingat bahawa semua itu adalah anugerah Allah Ta'ala kepada dia.. dan dia kembalikan pujian itu kepadaNya.
Dia sentiasa ingat bahawa nikmat itu anugerah Allah Ta’ala dan langsung memanjatkan kesyukurannya atas anugerah itu kepada Allah Ta’ala.
wallahualam bi syawab.

No comments:
Post a Comment