Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 10

continued..

Jalan yang kedua yang boleh kita tempoh untuk mengetahui kecacatan dan keaiban diri kita ialah dengan mencari seorang sahabat.

Adapun seorang sahabat yang sebenarnya ialah sahabat yang beragama lagi soleh dan bertaqwa.

Dia bersifat benar dalam serba serbi, benar akidahnya, benar percakapannya, benar perbuatannya dan sebagainya.

Sahabat seperti ini hendaklah kita damping selalu.

Kita makan minum bersama-samanya, kita bergaul bersama-samanya, tidur baring bersamanya, berjalan-jalan bersamanya dan seterusnya.

Seorang sahabat seperti ini, dia tidak mengajar sahaja dan sebab itu tidak boleh kita panggil guru.

Namun sikapnya samalah seperti seorang guru kerana kesolehannya, ketaqwaannya, akhlaknya dan sebagainya.

Betapa tidaknya, kalau kita membuat kesalahan dan kesilapan, dia akan memperlihatkan kepada kita dengan penuh kasih sayang serta dengan penuh hikmah dalam keadaan empat biji mata.

Dia boleh berbuat demikian kerana dia akan sayang diri orang lain macam dia menyayangi dirinya sendiri.

Seorang sahabat yang benar-benar, dia akan memiliki sifat ini iaitu sifat yang menjadi pakaian kepada mukmin yang sejati sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu itu hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”

Seorang sahabat yang benar, yang lurus dan yang mempunyai pandangan tembus juga, dia tidak akan merasa senang atau resah gelisah terhadap apa yang berlaku pada diri sahabatnya yang lain seperti mana tidak senangnya dia terhadap apa yang berlaku pada dirinya.

Kalau sahabatnya berdosa, dia merasa seolah-olah macam dia berdosa.

Begitu juga, kalau sahabatnya itu mendapat kesenangan, dia merasa senang hati.

Di samping itu, kalau kita ada membuat salah silap atau menipu, dia akan datang kepada kita untuk memberitahu tentang salah silap kita itu.

Dengan demikian, tahulah kita akan kecacatan-kecacatan diri kita dan senanglah kita memperbaikinya.

Daripada seorang sahabat yang sebenar-benarnya, kita juga boleh mengetahui kecacatan dan keaiban kita sepertimana kita dapat mengetahuinya melalui berguru.

No comments:

Post a Comment