Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 4

continued..

Di antara sebab-sebab seseorang itu boleh mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah, walau pun dia orang yang sesat pada mulanya, dia boleh jadi orang yang begitu taat kepada ayah dan ibunya.

Dia sangat kasih dan sangat membela kedua ibu bapanya.

Orang yang seperti ini, pada penghujung hidupnya nanti, Allah akan beri dia taufik dan hidayah.

Hal seperti ini memang sudah berlaku dalam sejarah.

Begitu juga, seseorang itu sentiasa hidup dalam kedurhakaan serta sentiasa bergelumang dengan kejahatan, tetapi dia sentiasa menghormati para alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya.

Orang yang semacam ini, di penghujung hayatnya nanti, Allah beri dia petunjuk dan hidayah.

Ada juga seseorang itu terus menerus tidak mendapat petunjuk dan hidayah atau boleh jadi mendapat petunjuk pada awalnya tetapi di penghujungnya Allah tarik balik petunjuk itu.

Hal ini boleh berlaku jika dia terlalu banyak salah silapnya dengan manusia.

Dosanya dengan manusia terlalu banyak dan tidak berampun.

Harus kita ingat bahawa dosa kita sesama manusia tidak akan selesai kalau sekiranya kita tidak minta maaf dengannya.

Contohnya, dosa kita berbentuk umpatan, fitnah, mengkafirkan atau kita munafikkan dia atau kita hina dia dan sebagainya.

Dosa-dosa ini adalah terlalu besar yang kadang-kadang menghijab atau mendinding kita dari petunjuk Allah s.w.t.

Perlu kita sedar, perbuatan mengumpat ini adalah amat besar dosanya.

Bagi setengah-setengah ulama, mereka mengatakan bahawa dosa mengumpat adalah lebih besar daripada dosa zina.

Sedangkan perkara inilah yang ramai sekali orang tidak menyedarinya.

Mengumpat sudah menjadi kelaziman di hari ini.

Setiap hari kita membacanya dalam akhbar-akhbar atau internet hingga kita pun ikut menjadi tukang umpat.

Dalam akhbar atau internet menceritakan kisah orang besar, orang kecil, orang itu dan orang ini.

Adapun menceritakan suatu keaiban pada diri seseorang yang memang sebenarnya dia lakukan, itulah yang sebenarnya mengumpat.

Kalau kita ceritakan hal seseorang itu yang dia tidak lakukan, maka itu dinamakan memfitnah.

Lebih berat lagi dosanya.

“Memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.”

Sebab itu hendaklah kita jaga benar-benar percakapan kita ini kerana mudah sangat kita terjebak dengan percakapan mengumpat atau memfitnah.

Kadang-kadang dosa dari kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah kecil tetapi dosa kita mengumpat itu adalah lebih besar.

Dosa-dosa seperti inilah yang kadang kalanya menghijab kita daripada petunjuk Allah s.w.t.

Orang yang hidupnya penuh bergelumang dengan dosa pada mulanya tetapi dipenghujung hayatnya dia mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. kerana ada perbuatan baik yang dipandang besar oleh Allah s.w.t. seperti taat kepada ibu dan bapa atau dia sentiasa menghormati tok-tok alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya.

Selain daripada itu, boleh jadi juga seorang itu jahat tetapi kejahatannya dengan Allah sahaja.

Dia tidak pernah jahat dengan manusia seperti dia tidak mengumpat, kata mengata, membuat fitnah dan sebaganya.

Dia tidak cacat dengan manusia, cuma boleh jadi dia tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak naik haji walau pun sudah cukup syarat dan kesalahan-kesalahan yang seumpama itu.

No comments:

Post a Comment