continued..
Orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk (taufik dan hidayah) daripada Allah s.w.t. atau sebaliknya, mesti ada sebab-sebabnya.
Ertinya, ada sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah dan juga ada sebab mengapa seseorang itu tidak mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah.
Sesungguhnya, Allah s.w.t. tidak menganiaya diri seseorang itu. Tetapi orang itulah yang menganiaya dirinya sendiri.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang manusia itu tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.”
Orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. itu mungkin ada sebab-sebab yang tertentu.
Mungkin dia ada melakukan satu kesalahan yang besar menyebabkan Allah tersangat marah. Kesalahan itu menjadi hijab atau dinding untuknya mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Walau pun boleh jadi ada ketika-ketikanya dia mendapat petunjuk atau berada dalam petunjuk, tetapi manakala dia melakukan satu kesalahan yang begitu besar di sisi Allah, akhirnya Allah tidak memberi dia petunjuk sampai ke hujung. Dia berpatah balik ke belakang.
Begitu jugalah dengan orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Mungkin dia ada melakukan satu perkara yang pada sisi Allah, adalah satu kebaikan yang besar. Atas sebab itu, di penghujung umurnya Allah beri dia petunjuk. Kerana itu, perkara-perkara seperti inilah yang mesti kita perhatikan kepada diri kita bukan kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment