continued..
Guru-guru yang mursyid ialah guru yang mempunyai pandangan tembus melalui firasat, kalau pun tidak melalui mukasyafah.
Seandainya seorang itu mukasyafah, Allah benar-benar membuka pintu hatinya hingga dia boleh nampak sikap dan perangai orang yang di hadapannya.
Umpamanya, kalau orang itu bersifat macam ular, dia benar-benar nampak ular di hadapannya.
Dengan demikian, mudah sekali dia membuat pembaikan ke atas orang itu.
Begitu juga, kalau orang di depannya musang, dia akan benar-benar melihat musang di hadapannya.
Bertolak dari situ, dia berusaha membaiki orang itu.
Cuma dia tidak boleh beritahu pada sesiapa pun walau orang di depannya itu.
Ini adalah rahsia daripada Allah yang Allah berikan kepada seseorang itu.
Kalau ia dipersia-siakan dengan menceritakan kepada orang lain, boleh jadi Allah akan tarik balik pemberian itu.
Orang yang mukasyafah seperti ini tidak mudah ditemui pada hari ini.
Tetapi agak rendah sedikit dari taraf mukasyafah itu boleh berlaku.
Peringkat ini ialah peringkat firasat yang boleh melalui gerak hati.
Selalunya, gerak hati orang itu adalah tepat dan benar.
Umpamanya, kalau hatinya merasa bahawa orang di hadapannya itu seorang pencuri, memanglah benar yang orang itu pencuri.
Orang yang mempunyai firasat seperti inilah yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya di atas.
Malangnya, bagi kita ini, taraf mukasyafah pun tidak ada dan taraf firasatpun tidak ada.
Yang ada hanya taraf psikologi yang mana ia tidak dipakai kerana ia merupakan falsafah orang barat.
Sebab itulah, hendak mencari guru yang boleh mendidik diri kita adalah amat susah di hari ini. Kalau kita tidak mengaji pula, tidak boleh juga kerana yang demikian langsung kita tidak tahu.
Akibatnya boleh membawa kita kepada jalan kesesatan selama-lamanya. Jadi, terpaksalah kita mencari guru-guru yang agak berpatutan dan kemudian kita usahakanlah untuk membaiki diri sendiri dengan ilmu yang kita perolehi.
No comments:
Post a Comment