Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 14

continued..

Sepekara lagi yang dapat kita fahamkan di sini ialah, bahawa orang yang cerdik itu selalu bimbang terhadap dirinya.

Dia lebih bimbang terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukannya daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Sebab itu, dia sangat bergembira kalau ada orang lain yang boleh menunjukkan kepadanya akan kesalahan-kesalahan dirinya.

Tetapi dalam pengalaman hidup kita sehari-hari, hal ini tidak berlaku.

Sebaliknya orang yang boleh menunjukkan akhlak-akhlak keji pada diri kita, orang itulah yang paling kita musuhi.

Dialah orang yang akan kita umpat dan kita kata, kalau tidak didepannya, kita akan kata di belakangnya.

Sifat-sifat akhlak yang keji atau sifat-sifat mazmumah itu, ia adalah ibarat seekor ular yang bisa atau laksana kala jengking yang bisa.

Cuba kita bayangkan, bagaimana rasanya, kalaulah seekor ular yang bisa melengkar dalam baju kita atau seekor kala jengking menyorok di dalam kocek kitas edangkan kita tidak nampak.

Tiba-tiba, ada seorang sahabat kita nampak lalu dia memberitahu kepada kita.

Sudah tentu sekali kita berasa syukur kerana ada orang yang memberitahu kita akan bahaya itu.

Tentu kita nak ucapkan tahniah kepadanya serta kita rasa hendak beri hadiah kepadanya.

Apabila kita dapat tahu saja, ada bahaya ular atau kala di dalam baju kita, cepat-cepat kita membuka baju itu dan membuangnya.

Pendek kata, kita tidak fikir apa-apa lagi, malah tak sempat pun hendak menengoknya, melainkan terus bertindak segera kerana benda yang di dalam baju kita itu amat merbahaya sekali.

Kita takut kalau-kalau belum sempat dibuang, ia sudah menggigit kita.

No comments:

Post a Comment