Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 13

continued..

Begitulah sikap Saidina Umar yang digambarkan dalam sejarah.

Walau pun begitu tinggi kedudukannya kalau dibandingkan dengan para-para sahabat yang lain, namun dia masih lagi bertanya kepada sahabat-sahabat akan kesalahan dan kecacatan dirinya agar dia dapat mengetahui dan membuat pembaikan serentak.

Kita mungkin tidak boleh berbuat begitu.

Tetapi, jadilah kalau kita boleh ambil tahu tentang kesalahan diri kita dan kita senaraikan kesalahan-kesalahan itu.

Mudah-mudahan kita boleh mengawasinya di satu hari nanti.

Dapatlah kita fahamkan di sini bahawa, orang-orang yang tinggi kedudukannyadi sisi Allah s.w.t . iaitu orang yang paling hampir dengan Allah, mereka merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa terhadap Allah s.w.t. walaupun sembahyang, puasa mereka banyak, kuat berjuang dan berjihad, besar pengorbanan dan sebagainya.

Walau pun mereka banyak berbuat baik, tetapi mereka merasakan belum berbuat baik.

Kata Imam Ghazali rahimahullahuta’ala, inilah tanda orang yang cerdik.

Mereka tidak sempat hendak memikirkan kebaikan dan amal bakti yang telah mereka buat.

Sebaliknya, mereka lebih merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa.

Mereka merasakan seolah-olah mereka banyak membuat kesalahan daripada kebaikan.

No comments:

Post a Comment