Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 2

I received this from Aida via e-mail.. of course a forward and forwarded e-mail from one source to another as usual.

Well.. yang memberi kefahaman.. Dia jua.


Orang yang Mendapat Pimpinan dan Petunjuk Allah s.w.t.

Di sini saya akan memperkatakan jalan-jalan bagi manusia mengetahui keaiban dirinya. Dengan kita dapat mengetahui keaiban pada diri kita, dapatlah kita berikhtiar memperbaikinya atau berikhtiar untuk membuat perubahan.

Allah s.w.t., kalau Dia menghendaki seseorang itu menjadi baik atau menjadi orang soleh, Allah sentiasa akan memimpin dia supaya dapat mengetahui keaiban dirinya, sama ada keaiban yang lahir mahu pun keaiban yang batin.

Ini tanda orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. Dia akan sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dan taat kepada Allah s.w.t.

Kalau orang itu Allah kehendaki menjadi orang yang jahat serta yang durhaka kepada Allah, maka Allah tidak pimpin orang itu untuk dapat mengetahui kejahatan serta keaiban dirinya walaupun dia sentiasa membuat jahat, sama ada yang lahirnya atau yang batinnya.

Dia tidak didorong oleh Allah swt untuk mengetahui kecacatan dan keaiban yang berlaku pada dirinya. Ini tanda orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt.

Kalau orang yang Allah pimpin supaya sentiasa dapat melihat kecacatan dan keaiban yang berlaku pada dirinya, maka mudahlah dia membuat pembaikan dirinya sama ada pembaikan yang lahir mahu pun yang batin. Dan mudah pulalah dia mengusahakan rawatan-rawatan yang sesuai untuk mengubat jiwanya yang sudah rosak atau akhlaknya yang cacat itu.

Kalau seseorang itu Allah tidak pimpin dan tidak memberinya petunjuk, dia tidak akan dapat melihat keaiban dan kecacatan pada dirinya walau pun dia bergelumang dengan dosa sama ada yang lahir mahupun yang batin.

Walaupun dia sentiasa durhaka serta engkar dan mungkar kepada Allah, namun dia tidak sedar yang dia membuat durhaka, engkar dan mungkar kepada Allah. Apabila dia tidak sedar yang dia membuat durhaka kepada Allah s.w.t, maka tidaklah ada usaha darinya untuk membuat pembaikan diri. Akhirnya dia terus dengan perbuatan-perbuatan jahatnya hingga mati.

No comments:

Post a Comment