Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 8

continued..

Kita perhatian bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat dalam memberikan fadhailul amal atau wirid-wirid tertentu.

Dari seorang sahabat kepada seorang sahabat, ianya tidak sama.

Saya coretkan sedikit di sini kesah hidup anakanda beliau Siti Fatimah bersama suaminya Saidina Ali.

Siti Fatimah, sejak ditinggalkan oleh ibunya Siti Khatijah, hidupnya adalah dalam kemiskinan kerana Rasulullah s.a.w. habis mengorbankan semua hartanya.

Memang demikian Rasulullah s.a.w. hendak mendidik anaknya supaya zuhud.

Kemudian apabila dewasa, Rasulullah s.a.w. mengahwinkannya pula dengan Saidina Ali, sepupunya, yang mana Saidina Ali itu adalah seorang yang miskin juga.

Pendek kata, miskin sama miskin, akhirnya menjadi papa kedana.

Begitu melarat sekali kehidupan kedua suami isteri itu.

Siti Fatimah sendiri terpaksa berhempas pulas mengatur urusan-urusan rumahtangganya yang antaranya mengambil air di perigi pun sampai terpaksa berulang alik ke rumah sejarak 2 batu.

Kerja-kerja melayan anak-anaknya juga dibuat sendiri, kerana Saidina Ali suaminya kalau keluar rumah samada berdakwah atau pergi ke medan perang, berbulan-bulan atau berminggu-minggu barulah balik.

Kerana tekanan hidup yang begitu payah, maka suatu hari berbincanglah kedua suami isteri itu untuk mengadu kepada Rasulullah s.a.w.

Siti Fatimah ingin memohon belas dari ayahnya Rasulullah s.a.w. memberikan kepadanya seorang hamba tawanan perang untuk menjadi pembantu dalam urusan mengendalikan rumahtangganya.

Kerana pada ketika itu adalah di awal Islam dalam mana Rasulullah banyak memperolehi harta-harta rampasan perang termasuk hamba-hamba sahaya yang ditawan.

Kedua-duanya pun mengadukanlah kesusahan hidup yang mereka alami dan memohon agar Rasulullah s.a.w. dapat memberikan kepada mereka berdua seorang hamba sahaya untuk membantu meringankan sedikit bebanan hidup mereka.

Rasulullah s.a.w. begitu mengetahui hal keadaan anaknya dan menantunya.

Al maklum, itulah satu-satunya sahaja anaknya yang tinggal.

Maka berkatalah Rasulullah s.a.w. kepada kedua anaknya itu yang antara katanya lebih kurang bermaksud:
“Wahai anakandaku berdua. Penderitaan yang kamu tanggung itu yang sebenarnya hati kamu yang merasa menderita. Dan setiap kesusahan yang kamu alami itu adalah kerana hati kamu yang merasa susah. Oleh kerana itu, sukakah kamu berdua, aku berikan satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta.”

Mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu, kedua-duanya begitu gembira sekali kerana baginda hendak memberi mereka perkara yang lebih baik daripada yang diminta.

Rasulullah s.a.w. bukannya memberi anakandanya benda lahir tetapi ialah zikir-zikir untuk dijadikan zikir dan amalan tetap.

Kata Rasulullah kepada anakanda keduanya itu yang bermaksud lebih kurang,
“Wahai Ali dan Siti Fatimah, perkara yang lebih baik daripada yang engkau berdua minta yang hendak aku berikan kepada kamu ialah, menjelang kamu tidur pada tiap-tiap malam hendaklah kamu baca Subhanallah.. Subhanallah sebanyak 33 kali, Alhamdulillah.. Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar.. AllahuAkbar sebanyak 33 kali. Hendaklah engkau amalkan ini sungguh-sungguh.”

Akhirnya kedua orang anaknya itu baliklah ke rumah.

Tidak berapa lama kemudian datanglah keduanya sekali lagi menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata,
“Wahai ayahanda, kami telah berpuas hati dengan amalan yang ayahanda telah berikan kepada kami dahulu. Sekarang kami tidak lagi merasakan kesusahan penderitaan hidup ini. Hati kami sudah tenang. Cukuplah hidup kami seperti mana selama ini dan kami tidak mahu meminta apa-apa lagi dari ayahanda.”

No comments:

Post a Comment