continued..
Dengan penjelasan ini, rupa-rupanya dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sebelum tidur, boleh mengubat hati yang susah.
Jadi Rasulullah itu mengubat hati.
Rasulullah s.a.w. tahu bahawa penyakit yang sebenarnya ialah hati yang masih ingat dengan mata benda.
Apabila benda yang diinginkan tidak dapat, maka hati akan menderita dengan benda yang tidak diperolehi itu.
Sebab itu, yang menderita kerana miskin itu ialah hati kerana hati hendak benda-benda.
Jadi Rasulullah s.a.w. mengubat hati itu dengan memberikan kalimah-kalimah tersebut.
Rupa-rupanya, amalan itu telah memberi kesan kepada jiwa kedua orang suami isteri itu.
Begitulah cara Rasulullah s.a.w. mendidik anak muridnya ketika memberi wirid-wirid tertentu untuk dijadikan amalan bagi mengubat hati.
Seterusnya dengan sahabat-sahabat yang lain, lain pula caranya.
Setiap zikir yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat, benar-benar berkesan kepada hati mereka hingga benar-benar penyakit hati mereka terubat.
Seperti Saidina Ali dan Siti Fatimah, mereka dapat benar-benar merasakan yang kalimah itu mengubat hati mereka hingga kesusahan tidak lagi dirasai susah, malah kesusahan itu menghibur hati mereka.
Ini adalah kerana, mereka sungguh-sungguh mengamalkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar itu serta dirasakan sungguh-sungguh.
No comments:
Post a Comment