Thursday, April 01, 2010

Defy? No Way.. 11

continued..

Sikap seorang sahabat seperti yang saya huraikan tadi memang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah, orang-orang soleh dan para-para pemimpin zaman dahulu.

Umpamanya Saidina Umar, seorang tokoh Islam yang ulung, Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar dan seorang mukmin yang amat keras mempertahankan kebenaran, tegas dalam berpegang kepada hukum hakam serta sangat kuat memisahkan di antara yang hak dengan yang batil, dia juga telah memperlihatkan sikap mencari seorang sahabat yang dapat menyuluh kecacatan dirinya.

Sebab itu, dalam kitab-kitab ada diriwayatkan kata-kata Saidina Umar yang bermaksud:
“Moga-moga Allah s.w.t. dapat merahmati seseorang yang telah dapat menunjukkan kesalahan-kesalahan aku.”

Demikian Saidina Umar, salah seorang daripada Khulafa-ar-Rusyidin yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.

Pegangan ahli Sunnah wal jamaah menerima mereka ini sebagai khalifah yang hak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Hendaklah kamu mengikut perjalanan aku dan perjalanan Khulafa-ar Rusyidin yang dapat memberi petunjuk.”

Khulafa-ar-Rusyidin yang dimaksudkan oleh Rasulullah di atas ialah keempat-empat khalifah tadi iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali.

Ahli Sunnah wal Jamaah menerima mereka ini kecuali kaum-kaum Syiah sahaja yang menolak tiga daripada mereka iaitu Abu Bakar, Umar dan Osman.

Kaum Syiah tidak menerima mereka ini sebagai Khulafa-ar-Rusyidin tetapi hanya menerima Saidina Ali sahaja.

Saidina Umar yang begitu besar kedudukannya pun, dia begitu gembira kalau ada sahabat-sahabat yang dapat menunjukkan kepadanya kecacatan dirinya.

Antara sahabat Rasulullah yang menjadi tempat Saidina Umar bertanyakan tentang sifat-sifat kecacatan pada dirinya ialah Abu Huzaifah ra.

Adapun Abu Huzaifah ini adalah seorang sahabat Rasulullah yang ulung juga.
Kelebihannya ialah, dia mempunyai pandangan tembus serta boleh membaca hati orang.
Dia juga boleh menyingkap hal-hal yang berlaku di akhir zaman.

Sebab itulah, apabila dia bertanyakan sesuatu daripada Raulullah s.a.w., pertanyaan ialah hal-hal yang berlaku di akhir zaman.

Hasil daripada itu, kalau kita tengok dalam kitab-kitab hadis, kebanyakan hadis-hadis akhir zamana dalah dari riwayat Abu Huzaifah, kerana Abu Huzaifah dapat melihat apa yang akan berlaku di akhir zaman yang pada zaman Rasulullah s.a.w. perkara itu tidak berlaku.

Dari segi lahirnya, Saidina Umar adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Abu Huzaifah, namun Saidina Umar diriwayatkan pernah bertanya Abu Huzaifah kerana bimbang dan takutnya, kalau-kalau ada sifat-sifat munafik dalam dirinya.

Kata Saidina Umar,
“Wahai Abu Huzaifah, Engkau adalah memiliki rahsia-rahsia Rasulullah saw. Adakah engkau melihat pada diri aku ini, bekas-bekas sifat munafik.”

Begitu sekali, Saidina Umar menunjukkan sikapnya dalam hendak mengetahui kecacatan-kecacatan yang ada pada dirinya.

Padahal Saidina Umar itu sendiri adalah seorang yang penuh taqwa lagi soleh yang dia sendirinya mempunyai pandangan tembus.

Kerana ketaqwaan Saidina Umar itu sendiri, syaitan-syaitan pun takut dengannya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengatakan betapa takutnya syaitan kepada Saidina Umar, jangankan hendak menggodanya, malah hendak melalui jalan yang pernah ditempoh oleh Saidina Umar pun Syaitan takut.

Begitu sekali tingginya taraf keimanan Saidina Umar.

Dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah menggambarkan ketinggian iman Saidina Umar dengan mengatakan betapa, kalaulah ada Nabi selepas dari baginda, maka Saidina Umarlah.

Tetapi, oleh kerana Rasulullah s.a.w. itu penamat segala nabi dan Rasul, maka tidaklah berlaku.

No comments:

Post a Comment