Aku Malu Kerna Dipuji
aku malu pada Tuhan dan diriku
mendengar pujian orang buatku,
kerna ku tahu, aku tidak layak untuk itu..
Ilahi Kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini,
dosa dan noda pada anggota dan jiwa..
dalam kesunyian malam, kupohon keampunan
janganlah pujian orang itu hanya igauan..
sedang daku di lembah kemurkaan..
hulurkan untukku lautan kampunan..
limpahkan daku hamparan keikhlasan..
hingga pujian atau makian..
tidak akan menggugat perasaan
Tuhanku, ampunlah daku bila aku dipuji,
sedangkan Dikau Mengerti..
diriku ini belum cukup murni..
siapalah daku disamping hamba-hambaMu yang suci..
para Mujahid yang cukup berbakti,
sedangkan aku di pinggiran budi,
belum cukup harta, atau air mata yang ku cucuri,
belum pun darah ku tumpahi, atau nyawa ku korbani,
mereka sudah memuji,
sedangkan baktiku belum terbukti..
bahkan jauhnya antara langit dan bumi..
maka, tutupilah kelemahan diri ini,
ketika dahi merapat ke bumi, aku tangisi
dalam kesunyian dinihari.. aku ratapi
aku amat malu padaMu Illahi
aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi..
bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..
wahai Ilahi!
ampunkan daku kerana tak layak dipuji..
ampunkan mereka kerana salah memuji..
nukilan dr mohd asri zainul abidin, kangar, 27 jun 2008..
No comments:
Post a Comment