Friday, January 09, 2009

Perjuangan.. Keikhlasan..

Suara Tajdid Kami
(Balada Buat Ibn Taimiyyah)

suara gagah indah Ibnu Taimiyyah
segar beredar, mewarnai sejarah

aduhai imam, pujian zaman
dikau mujaddid pilihan Tuhan

kerana kebenaran engkau dipinggirkan
kerana amanah engkau telah difitnah
kerana cinta mulia engkau dipenjara
kerana Tuhan engkau pun telah ditahan

meskipun jasadmu dikurung orang
dirimu terus menjadi sebutan

walaupun zamanmu itu telah berlalu
namun keikhlasan tak pernah berguguran

suaramu tetap kami warisi
penyala obor suci nur ilahi

dikau penyambung lisan nabi
dikau cahaya tajdid kami

walau generasi berlalu pergi
namamu kan tetap terus dipuji

jangan gusar di mulut yang celupar
penabur fitnah tidak pernah sudah

namun kamilah suara pembela
kejujuranmu adalah cahaya

selagi ada hari
selagi ada bumi
suara kebenaran akan terus kedengaran

perjuangan tidak berakhir dengan kematian
di mana ada keikhlasan, ia berterusan

nukilan dr mohd asri zainul abidin, kangar, 30 mei 2008..

No comments:

Post a Comment