Surah As-Saaffaat, Ayat 96:
"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
Surah Al-Qasas, Ayat 68:
"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya."
Manusia..
3 tingkat manusia sebagai makhluk Allah s.w.t.:
1) al-'ibaad
2) al-muridin
3) al-'aarifin
al-'ibaad..
Orang-orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan lain-lain ajaran agama, dan menjauhkan larangan-larangan Allah s.w.t. dengan berkehendakkan masuk ke syurga yang membahagiakan dan terlepas daripada azab siksaan neraka.
Mereka ini ke arah kebahagiaan duniawi dan ukhrawi serta untuk diselamatkan mereka oleh Allah s.w.t. daripada bermacam-macam mala petaka.
al-muridun..
Orang-orang yang taat kepada ajaran-ajaran agama seperti juga orang-orang dalam golongan al-'ibaad tetapi mereka ke arah:
- bagaimana mereka boleh sampai kepada Allah s.w.t..
- bagaimana agar terbuka segala sesuatu yang menutup hati mereka semoga hati mereka dilimpahkan rahsia-rahsia halus dan baik-baik oleh Allah s.w.t.
al-aarifin..
Orang-orang ini meskipun mereka beramal ibadat dengan begitu banyak tetapi sedikit pun mereka tidak melihat bahawa mereka mengerjakan ibadat itu untuk maksud-maksud di atas.
Tidak terbayang dalam hati mereka bahawa mereka beramal tetapi hati mereka tetap tertuju kepada Allah s.w.t. yang berbuat segala sesuatu pada hakikatnya.
Mereka tenggelam dalam lautan redha qadar Ilahi dan mereka bergantung pada tali qadha' yang Maha Pengasih dan Penyayang, sebagai mana firman Allah dalam Surah As-Saaffaat, Ayat 96 dan Surah Al-Qasas, Ayat 68.
No comments:
Post a Comment