Namun begitu.. bagi kapal-kapal kecil mentelah lagi perahu nan rapuh.. jangan cuba-cuba menghadapi gelombang-gelombang besar di samping badai dan taufan.
Fikirkanlah sebelum berani mencuba samudera lautan itu - apakah mungkin selamat atau tidak?
Jika dikatakan atau difikirkan begitu selamat.. maka ketahuilah juga.. bahawa.. seluruh penumpang di atas kapal kecil itu pasti tidak sunyi mereka daripada ketakutan, mabuk, malah pening hingga menyebabkan tidak sedarkan diri.
*
*
*
*
*
Demikianlah juga.. keimanan umat Islam yang bukan golongan Nabi atau para sahabat Nabi.. tidak mustahil akan terjadi hal-hal yang demikian sehingga menimbulkan tidak sedar pada diri pada semua yang ada.. kerana beratnya nilai tauhid yang begitu mendalam dan tinggi kepada Allah s.w.t.
*
*
*
*
*
Janganlah makanan helang dimakan oleh burung pipit.
*
Makanan si helang tidak akan dapat ditelan oleh burung pipit yang kecil-kecil itu.
*
(err.. isy.. den anak burung pipit yo)
No comments:
Post a Comment