Friday, October 30, 2009

kenal?

That day.. I was talking to that friend of mine again. Time and again I just need to speak with this friend of mine.

Blah blah blah.. blah blah.. the conversation went on.. and on.. and on.. and for the consequence time.. this friend.. mentioned to me all over again:

"Awal Ugama Mengenal Tuhan"
*
*
*
*
*
Pada suatu peristiwa, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ditanya orang mengenai bagaimana mengenal Allah.

Si Penanya bertanya:
"Dengan apakah anda mengenal Tuhan anda?"

Beliau menjawab:
"Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku, dan jikalau bukan kerana Tuhanku, nescaya aku tidak akan mengenal Tuhanku."

Si Penanya bertanya lagi kepada Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.:
"Dan adakah mungkin bagi manusia dapat mengenal Tuhan?"

Beliau menjawab:
"Lemah pada menangkap tangkapan adalah mengetahui sesuatu."
*
*
*
*
*
Dialog antara Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dengan Si Penanya merupakan dalil kepada kita bahawa Allah s.w.t. itu baru betul apabila pancaindera kita dan semua alat tangkapan diri kita sudah tidak sanggup lagi meningkat pada memperdapat hakikat Dzat Allah dan segala sifat-sifatNya.

Sampai kita pada titik kelemahan mengenal Allah dalam perasaan yang bertingkat-tingkat tentu tidak mungkin jika Allah s.w.t. tidak memberikan kurniaNya kepada kita dengan ilmu-ilmu hakikat yang merupakan rahsia-rahsia halus yang hanya dibukakan oleh Tuhan sebahagian rahsia-rahsia itu kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki olehNya sahaja.

Inilah yang diertikan oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.:
"Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku, dan jikalau bukan kerana Tuhanku, nescaya aku tidak akan mengenal Tuhanku."

No comments:

Post a Comment