Thursday, October 08, 2009

Sunnah

from a reading..

Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a:

"Barang siapa tidak ada padanya Sunnah Allah, Sunnah rasulullah dan Sunnah Wali-Wali Allah, maka dia tidak mempunyai sesuatu pun di tangannya."


Selanjutnya, ditanyakan kepada Sayyidina Ali:
"Apakah Sunnah Allah itu?"

Ali menjawab:
"Ialah menyimpan rahsia."


Ditanya lagi:
"Apakah Sunnah Rasulullah?"

Beliau menjawab:
"Iaitu berbuat rahmah terhadap sesama manusia."


Dan ditanyakan lagi:
"Apakah Sunnah Wali-Wali Allah?"

Beliau pun menjawab:
"Memikul beban penderitaan dari para manusia."





Rahsia, adalah sesuatu yang mesti disembunyikan, agar orang lain tidak mengerti. 
Menyembunyikan rahsia orang lain adalah wajib.


Manakala berkaitan sifat ramah tamah, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah syair:
"Berbuatlah terhadap mereka selagi engkau berada di rumah mereka; dan buatlah hati mereka puas, selama engkau berada di bumi mereka."

No comments:

Post a Comment