Tuesday, October 06, 2009

Surah Al-Kauthar

Surah Al-Kauthar, Ayat 1-3:

1)
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

2)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

3)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)".



Surah ini mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah, membawa maksud akan sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa air sungainya lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu. Baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana ketika turunnya surah ini baginda begitu sedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Surah ini juga surah penawar dan boleh diamalkan dengan membacanya sebagaimana yang disarankan dan antaranya jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, baca surah ini pada air mawar dan sapukan pada mata.. insya Allah.

No comments:

Post a Comment