"Manakala Allah membukakan lidah anda dengan bermohon (kepadaNya),
maka ketahuilah,
sesungguhnya (Allah) berkehendak
akan memperkenankan (permohonan) anda."
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Apabila Allah telah mencintai hambaNya, maka Allah turunkan bala ke atas hambaNya itu dan Allah ikatkan balaNya atas hamba tersebut.
Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat berkata:
Wahai Tuhanku, itu hambaMu si polan, sampaikan hajatnya.
Allah menjawab:
Jangan campur tangan pada hambaKu itu kerana sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengarkan suaranya berdoa dan bermunajat.
Apabila si hamba berkata:
Wahai Tuhanku!
Maka Allah menjawab:
Selamat wahai hambaKu dan bahagialah engkau.
Tidak kamu seru sesuatu kepadaKu melainkan Aku perkenankn buatmu.
Dan tidak engkau mohonkan sesuatu padaKu, melainkan Aku berikan dan aku perkenankan buatmu.
Ada kala Aku segerakan kepadamu apa yang kamu pinta.
Ada kala Aku simpan di sisiKu sesuatu yang lebih baik buatmu.
Dan ada kala Aku hindarkan bala daripadamu dengan doa tersebut, iaitu (dihindarkan) cubaan dan bala yang lebih besar dari yang tersebut."
(Hadis riwayat Anas bin Malik r.a.)
No comments:
Post a Comment