Thursday, September 03, 2009

Hakikat Syukur

Berkata seorang penyair tentang hakikat syukur:

syukurku tidak cukup dengan (membalas) pemberian-pemberianmu,
dan tetap aku berusaha dengan bersungguh menjalaninya.

berfaedahlah kepadamu pemberian yang putih bersih daripadaku,
iaitu tiga: dua tanganku, lidah dan hatiku yang terselubung.


Maksud penyair, meski bagaimanapun, terima kasihnya atas pemberian-pemberian temannya yang merupakan kurnia-kurnia Allah s.w.t., namun begitu belum dapat memenuhi setimpal dengan kurnia-kurnia Tuhan.

Tetapi sungguhpun demikian ia berusaha dengan memberi kesyukurannya, dari anggota-anggota tubuhnya, iaitu tangannya, lidahnya dan hatinya.

Itulah syukur dan itulah hakikat terima kasih, baik kepada Allah s.w.t. mahupun kepada manusia.

Syukur adalah kegembiraan hati kepada yang memberi nikmat, kerana nikmatNya.

Kegembiraan hati itu melampaui dan melewati kepada anggota tubuh lahiriah, maka patuhlah dan terdoronglah anggota-anggota tubuh itu melaksanakan perintah-perintah Allah dan anjuran-anjuranNya. Dan menjauhkan sekalian laranganNya dan yang tidak diredhai olehNya.

Mudah-mudahan kita dijadikan sebagai hambaNya yang betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.

No comments:

Post a Comment