“Allahummaj’alni minat-tawwabiin,
waj ‘alni minal mutathahhiriin”
Ya Allah,
jadikan hamba termasuk ke dalam ‘At-Tawwabiin’ (mereka yang bertaubat),
dan
jadikan hamba termasuk ke dalam ‘Al-Mutathahhiriin’ (mereka yang menyucikan diri).
Dalam sehari, jika kita berwudhu sebanyak lima kali, itu sudah dikira sangatlah lumayan.
Dan setiap hari, kita berdoa sebanyak lima kali selepas setiap kali kita berwudhu itu.
Kita memohon limpah kurniaNya, dijadikan kita sebagai mereka yang senantiasa menyucikan diri, sehingga kelak benar-benar sampai kepada status Al-Muthahharuun.
Maka.. ucapkan dengan bersungguh-sungguh serta hayati makna doa kita itu, dan bukan sekadar menyebut seperti angin lalu.. ibarat kita mengucapkan ‘apa khabar’ but not right from the bottom of our heart.
No comments:
Post a Comment