Friday, September 04, 2009

Hati.. Rahsia..

"nur-nur (Ketuhanan) itu adalah kenderaan-kenderaan hati dan rahsia"



yang dimaksudkan dengan "rahsia".. ada bermacam-macam pendapat:

- rahsia itu ialah sesuatu yang tidak dapat dilihat mata; di mana dilimpahkan Allah atau diberikan Allah ke dalam hati manusia.

laksana roh, sesuatu yang halus dan tidak nampak dilihat, bahkan tidak tertangkap oleh pancaindera.

sebagaimana roh adalah tempat datangnya cinta dan hati tempat datangnya ilmu, maka rahsia adalah tempat kita dapat melihat Allah s.w.t. apabila kita telah dikurniakan sebahagian rahsiaNya.



- ada pula yang mengatakan bahawa "as-sirru" ialah sesuatu yang letaknya tersembunyi dan terpelihara antara makhluk manusia dan Allah s.w.t.

dengan lain perkataan..

Rahsia-rahsia kita adalah bikir (gadis) yang dihancurkan kegadisannya oleh sangka-sangka orang yang menyangka (wahmu waahimin).

dan atas ini pulalah perkataan orang-orang tasawuf:

"shuduurul ahraari, qubuurul asraari"

"dada orang merdeka adalah kuburan-kuburan rahsia"

ini menjelaskan bahawa rahsia Ketuhanan tersimpan dan terpendam dalam dada orang-orang yang merdeka, yakni mereka merdeka hatinya dari perbudakan alam semesta, sehingga mereka merdeka pula hawa, syahwat dan nafsunya.

No comments:

Post a Comment