Hadis riwayat Imam Bukhari dan Iman Muslim:
"seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:
hai Rasulullah, apakah itu iman?
Menjawab Nabi:
iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya dan hari kemudian.
Juga engkau beriman dengan Qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah s.w.t."
Kita wajib beriman kepada qadha' dan qadar.
Namun begitu, tidaklah pula kita boleh menjadikan qadha' dan qadar itu sebagai alasan sebelum mengerjakan sesuatu itu.. demi untuk kita sampai kepadanya.
1)
Katakan.. seseorang yang bermaksud mencuri.. maka sebelum ia melakukan perbuatan mencurinya itu.. dia mengatakan bahawa Allah meng-qadha' dan mentakdirkan dia mencuri.
Ini.. adalah sesuatu situasi yang tidak betul.. yang mana di samping dia telah mendahului Allah Ta'ala.. dia telah juga mengerjakan perbuatan yang dilarang olehNya.
2)
Atau.. katakan seseorang telah melakukan satu perbuatan mesum.. maka demi untuk menghindarkan dari hukuman.. dikatakan bahawa Allah s.w.t. melakukan qadha' dan qadarNya atas hal itu.
Namun begitu.. apabila seseorang mengatakan seperti itu sekadar untuk menolak celaan orang lain, maka tidak mengapa adanya.
Hal ini.. berdasarkan hadis sahih.. iaitu berkata Nabi Muhammad s.a.w.:
"Pada suatu kali di zaman dahulu kala bertemu roh Nabi Adam a.s. dengan roh Nabi Musa a.s.
Berkata Musa kepada Adam:
"Tuan adalah bapa manusia di mana kerana tuanlah maka keluar anak cucu tuan dari syurga, kerana disebabkan tuan memakan buah kayu terlarang".
Berkata Adam:
"Hai Musa! Engkau telah dipilih Tuhan bercakap-cakap denganNya dan Tuhan telah berikan kepada engkau kitab Taurat.
Kenapa engkau cela saya atas satu pekerjaan pada hal Allah s.w.t. telah mentakdirkan hal keadaan itu atas saya sebelum Tuhan menjadikan saya pada zaman 40,000 tahun sebelumnya?"
Berkata Nabi Muhammad s.a.w.:
"Maka dengan alasan Adam demikian, Nabi Adam telah mengalahkan Nabi Musa tentang persoalan itu."
Maka.. kita harus mematuhi ketentuan-ketentuan yang telah ditentukan oelh Allah s.w.t. atas kita dalam hidup kita dan kehidupan kita.
Mengapa demikian pula?
Kuat sebagaimana sekalipun keinginan kita atau maksud yang terkandung dalam hati kita dengan dorongan amal ibadat-ibadat yang kita kerjakan.. namun begitu kita tidak mungkin akan dapat memecah pagar-pagar ketentuan (qadar) Allah s.w.t.
Segala sesuatu dalam alam ini adalah menurut kehendak dan keizinan Allah s.w.t. jua.
surah Al-Baqarah, ayat 102:
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)."
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua:
ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, pada hal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
No comments:
Post a Comment