Tuesday, February 03, 2009
Part 3: WWR
Pena Jujur Bukan Pedang Si Zalim
from the same article by Dr MAZA published in his blog http://drmaza.com/.
Pena yang amanah bukan seperti pedang si zalim yang mencederakan sesiapa sahaja yang dibencinya.
Pena yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar.
Pedang si zalim amat berbeza dengan pedang perwira yang soleh.
Pedang si zalim tidak pelu bertanya tentang salah dan bukti untuk ia menebas seterusnya.
Dia hanya perlu tahu siapa yang ada di hadapannya?
Orang yang dia suka atau yang dia benci.
Sesiapa yang dibenci, maka dia dihukum walaupun dosanya tidak terbukti, atau kadar dosa itu belum cukup untuk dia dihukum demikian rupa.
Ini bercanggah dengan arahan Allah dalam Surah al-Maidah, Ayat 8:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment