Tuesday, February 03, 2009

Part 4: WWR


Penulis Bukan Pelacur
from the same article by Dr MAZA published in his blog http://drmaza.com/.

Pena yang menulis atas kehendak orang lain sedangkan empunya tahu apa yang ditulis itu meminggirkan hakikat kebenaran sebenarnya adalah ‘pena lacur’.

Seperti seorang pelacur yang memperalatkan tubuh dan rupanya untuk memuaskan nafsu orang lain atas upahan yang dijanji atau diharapkan, demikian penulis yang memperalatkan kebolehannya mengatur rangkap ayat dan bahasa demi memuaskan kehendak orang lain kerana mengharapkan sesuatu.

Allah mengutuk Ahl al-Kitab disebabkan mereka menyelewengkan fakta kitab-kitab Allah kerana mengharapkan habuan dunia.

Surah al-Baqarah, Ayat 79:
Firman Allah:
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu".


No comments:

Post a Comment