Monday, February 09, 2009

Sajak Bahasa

Hari Sabtu dan Ahad yang lalu.. aku menghabiskan masa bersama-sama suami dan Ani serta Zamri. Ani ialah kawan baik aku sejak dari umur kami 7 tahun. Ani telah memberi kepada aku buku-buku itu yang kemas dalam simpanannya.

Sajak Bahasa ini dari salah satu buku itu.. sungguh bermakna dan mendalam sekali..

semua bahasa daripada Allah
jibrail qalammullah
Muhammad Rasulullah
manusia semuanya hamba Allah

semua jadi satu
satu jadi semua
berbakti kepada Allah
beriman kepada Rasulullah

manusia
asalmu logam
bahasamu seragam
jauhilah takbur dan ragam

asuhi bahasamu supaya subir
didiklah bahasamu supaya jangan takbur
ingatlah kau kan masuk kubur

bahasa itulah qalam
bahasa itulah budi
bahasa itulah amalan
bahasa itulah kelakuan
bahasa itulah yang akan menyelamatkan kamu
bahasa itulah jua yang mencelakakan kamu
bahasa, bahasa yang ada pada dirimu

kau memohon dengan bahasa
kau memberi perintah dengan bahasa
kau bercumbu dengan bahasa
bahasa itulah ibadatmu

bahasa itulah budi
jangan bahasa mu jadi keji
jangan bahasamu rugi
faedahnya neraka tempat mu tinggal
pada hal syurga tujuan bahasa mu yang asal

pilihlah mana satu
budi baik atau budi keji
bahasa untung atau bahasa rugi
manusia tanggung nasib sendiri
di akhirat jangan menyesal lagi

budi itu adalah hati
bahasa itulah hati
rupanya boleh dilihati
apabila berlaku budi dan bahasa itulah kenyataan seseorang
baik atau buruk hatinya
setelah berbahasa dan berbudi

kata-kata manis yang berlawan dengan bahasa sopan
kata-kata kotor yang berlawan dengan budi
itulah nilainya manusia
kerana itulah dia hatinya
yang dipandang Tuhan kepadanya

No comments:

Post a Comment