I read this article written by Dr MAZA published in his blog http://drmaza.com/. Indeed, it was a very interesting reading for me because writing is my passion. I always love to write and am writing every now and then but more of in a very casual manner.
Here.. I would just copy and paste from Dr MAZA's writing about "Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit" or I would say also "The Writer.. The Writing.. The Responsibilities.. (WWR)"
Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan.
Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.
Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya.
Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena.
Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.
Firman Allah:
"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"
Peranan lidah dan pena adalah sama; iaitu menyampaikan mesej kepada sasaran yang ditujukan.
Mesej yang disampaikan itu –sepatutnya- menggambarkan apa yang tersimpan dalam benak perasaan atau pemikiran seseorang penyampai.
Jika dia menyampai sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang dipercayainya, maka dia seorang pengkhianat.
Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej kepada sasaran sehingga kadar ilmu atau perasaan yang ada tersimpan dalam jiwa atau pemikiran seseorang penyampai itu difahami atau dirasai oleh sasarannya, adalah pengukur tahap keupayaan seseorang pembicara atau penulis.
Pembicara atau penulis yang baik menjadikan sasaran dapat menghayati perasaannya, atau menikmati ilmunya.
Ini bukanlah sesuatu yang mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang.
No comments:
Post a Comment