Tuesday, February 03, 2009

Part 6: WWR


Pena Bukan Perakam Tanpa Akal
from the same article by Dr MAZA published in his blog http://drmaza.com/.

Penulis bukan pelapor setiap yang diterimanya tanpa memikirkan kebenaran dan kesan laporan tersebut.

Penulis bukan seperti alat perakam yang hanya merakam apa sahaja tanpa dapat menilai sama ada benar atau salah.

Penulis yang amanah, jikapun dia melaporkan sesuatu maklumat yang meragukan, hendaklah dia memberikan komentarnya yang amanah lagi adil mengenainya.

Agar pembaca yang tidak memiliki kemampuan menilai sendiri tergerak untuk berfikir atau merenung sesuatu maklumat itu agar tidak ditelan mentah-mentah.

Justeru itu Nabi s.a.w bersabda:
“Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar” (Riwayat Muslim).


No comments:

Post a Comment