Thursday, February 25, 2010

Langit dan Bumi.. Lihat Dengar Rasa

understanding further..

Surah Al-Ahzaab, Ayat 72:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya);

dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.

(Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan".




cahaya itu yang melihat
cahaya itu yang mendengar
cahaya itu yang merasa

Pakaian.. Buah.. Hiasan

“iman itu telanjang,
pakaiannya taqwa,
buahnya ilmu,
dan hiasannya malu”
(al-Hadith)
*
*
*
"oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah;

dan (ingatlah),

Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu;

dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"

*

Surah al-Baqarah, Ayat 282:

"Wahai orang-orang yang beriman!

Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.

Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas).

Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.

Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu.

Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.

Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.

Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.

Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya.

Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli.

Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu.

Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Jiwa dan Raga

nafs insan merupakan langit pertama, langit terdekat ke sisi jasad, dari tujuh langit malakut yang berlabuh dalam jasad insan.

al-radh (bumi).. jasad insan.
as-samaa'i (langit).. nafs insan.

as-samaa’i dun-ya dan al-ardh melambangkan pasangan jiwa dan raga insan yang pada jenjang tertentu keduanya telah berperanan sebagai cahaya Allah Ta’ala, saksi Allah sejati.

dalam persoalan mengabdi kepada Al-Khaliq (Sang Pencipta), nafs insan merupakan imam bagi jasad di mana pasangan ini akan bertindak sebagai pelaku utama dalam persoalan pengungkapan khazanah Ilahi.

Tersembunyi.. Rindu

“Aku adalah harta tersembunyi (kanzun makhfiy)
Aku rindu untuk dikenal, kerana itu Aku ciptakan makhluk agar Aku diketahui”
(Hadits Qudsi)

Thursday, February 18, 2010

Jiwa Amal

"Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan
melainkan dengan
Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung"

Ikhlas itu tiga perkara:
- ikhlas mubtadi
- ikhlas mutawasit
- ikhlas muntaha

- Ikhlas Mubtadi
jujur permulaan.. berkehendakkan sesuatu daripada permulaan.

- Ikhlas Mutawasit
jujur pertengahan.. berkehendakkan sesuatu pada pertengahan.. yang pada permulaannya tidak berkehendakkan apa-apa.

- Ikhlas Muntaha
jujur yang sebenar-benarnya jujur.. tidak berkehendakkan kepada sebarang balasan.

Saturday, February 06, 2010

Kisah Ashabul Kahfi

Kisah tujuh orang pemuda Ashabul Kahfi dalam surah al-Kahfi, ayat 9-26:


Apakah hikmah kisah Ashabul Kahfi dalam al-quran?

surah al-'Araaf, ayat 176:

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.

Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah.

Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.

Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir".


surah Yusuf, ayat 111:

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.

(Kisah Nabi-Nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-Kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman".

Kisah Maryam

Dua kisah Maryam yang begitu menarik, pemberian keistimewaan Allah khusus kepada hambaNya yang dicintai yang bukan dalam golongan Nabi.

surah A-li 'Imraan, ayat 37:

"Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.

Nabi Zakaria bertanya:
" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?"

Maryam menjawab:
"Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".


surah Maryam, ayat 22-26:

"Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma): ia berkata:
"alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!"

lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:
" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

Maka
makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".

Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah:
"Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

Friday, February 05, 2010

Al-Asbaab dan Tajrid

understanding further..


- "Al-Asbaab"
- - causes

- - - "sesuatu yang sampai dengannya kepada maksud yang dicapai dalam dunia"

- "At-Tajrid"
- - divestment

- - - "melepaskan diri dari Al-Asbaab"

1)
Manusia yang ditentukan Allah dalam status Al-Asbaab

Manusia yang dalam status ini adalah mereka-mereka yang untuk kelangsungan penghidupannya dalam dunia ini adalah dengan cara bekerja. Apabila tidak bekerja maka kelangsungan penghidupannya agak mustahil atau tidak boleh hidup. Pelbagai pekerjaan yang sedia dilakukan oleh mereka yang dalam golongan ini seperti pedagang, petani, pegawai, guru, pemandu dan sebagainya.


2)
Manusia yang ditentukan Allah dalam status Tajrid

Manusia dalam tingkatan status ini sudah tinggi nilainya pada sisi Allah s.w.t.

Penghidupannya telah dimudahkan Allah, sehingga ia tidak sulit lagi dalam mengatasi hidup dan kehidupannya. Dia tidak perlu bekerja dan berusaha untuk menghasilkan rezeki, tetapi rezekilah yang datang kepadanya.

Manusia dalam status ini dapat kita lihat dalam dua keadaan atau gambaran yakni:

-- Manusia yang meskipun bekerja dan berusaha tetapi seolah-olahnya yang dia bekerja itu sebagai iseng-iseng belaka kerana hatinya telah tertuju selalu bagaimana ia dapat melaksanakan ajaran agamanya dengan sebaik-baiknya, dan bagaimana ia selalu taqwa kepada Allah s.w.t.

Maka manusia yang sedemikian ini, meskipun ia beramal dan bekerja tetapi tidak memberatkan otaknya bahkan pula Allah s.w.t. memudahkan rezekinya dan memberi keberkatan pada usahanya yang tidak dikira sama sekali.


-- Manusia yang sama sekali tidak bekerja dan berusaha, selain hanya beribadat sahaja kepada Allah yang Maha Esa. Ibadat itu macam-macam sifatnya.

Ia boleh jadi sesuatu pekerjaan yang mengajar sahaja tanpa sebarang upah atau ganjaran tetapi sentiasa berusaha ke arah memimpin kepada ajaran-ajaran agama sebagaimana ulama-ulama di pesantren.

Maka, hamba-hamba Allah yang telah sampai dalam tingkatan ini bererti telah sampai atau telah diangkat Allah ke maqam tajrid.

Monday, February 01, 2010

Benci Diri?

a reading that arrived me..

"Jika kamu ingin bersenang-senang kepada Allah s.w.t., maka patahkanlah kecintaanmu terhadap dirimu sendiri," kata Syeikh al-Syibli.

Maksudnya jika hatimu merasa senang dan suka kepada Allah s.w.t. dan tidak lari darinya, maka harus memutuskan (menghilangkan) kecintaanmu terhadap dirimu sendiri.

Setelah al-Sibli wafat, pernah dalam satu impian ditanyai tentang keadaan nasib dirinya. Beliau menjelaskan dan katanya, "Allah menyoal aku dengan firman-Nya":

"Wahai Abu Bakar, mengapa Aku mengampunimu?"

Aku pun menjawab, "Dengan amal solehku."

Allah berfirman, "Bukan"

Lalu aku berkata, "Dengan keikhlasan ibadahku."

Allah berfirman, "Tidak juga"

Aku berkata, "Dengan haji, puasa dan solatku."

Allah berfirman, "Juga bukan."

Aku berkata, "Dengan kepergianku kepada orang soleh dan menuntut ilmu."

Allah tetap berfirman, "Tidak."

Kemudian aku pun bertanya, "Oh, Tuhanku, lantas dengan apakah itu?"

Allah berfirman:
"Ingatlah kamu di kala tengah berjalan menyusuri Baghdad, lalu kamu temukan seekor kucing yang tidak berdaya lantaran menggigil kedinginan, kemudian rasa kasihan, engkau pungut ia dan kamu selamatkan di dalam kehangatan jubah tebalmu itu?"

Aku pun menjawab, "Benar Tuhan, aku ingat!"

Allah pun berfirman lagi, "Lantaran kasih sayangmu terhadap kucing itu, Aku pun kasih sayang terhadapmu."



Sunday, January 31, 2010

Revisited.. Every Now n Then


i realize i missed a day
but i'm too wrecked to care anyway
i look around and see this face
what the hell have i lost my taste
don't want to find out
just want to cut out
my head explodes, my ears ring
i can't remember just where i've been
the last thing that i recall
i got lost in a deep black hole
don't want to find out
just want to cut out
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
i grab my things and make my run
on the way out, another one
would like to know before i stop
did i make it or did i flop
don't want to find out
just want to get out
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
blackout
i really had a blackout
don't want to find out
just want to get out
blackout
i really had a blackout!

(blackout.. scorpion)