I was looking for Isil's number but in vained. Lo behold Isil sms me to invite us to..
Friday, September 04, 2009
Isil as I was Thinking
I was looking for Isil's number but in vained. Lo behold Isil sms me to invite us to..
Apa itu Kaya?
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. dalam Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.:
Waktu-Lihat-Hajat-Kembali
ialah
waktu di mana anda melihat dalamnya ada hajat anda
anda kembali dalam waktu itu
kepada
ada kehinaan anda"
Baiknya sesuatu waktu bukan melihat kepada lahiriah zamannya sahaja.
Baiknya sesuatu waktu itu ialah waktu di mana kita dalam waktu itu tidak lupa kepada Allah s.w.t.
Yakni, hati kita ingat kepada Allah dalam waktu itu dan putus kita dari segala keadaan yang membawa kita jauh dari Allah s.w.t. dengan segala ajaran-ajaranNya.
Thursday, September 03, 2009
Out There.. in the Open
Serene.. Serenity..
open sky..
open field..
open air..
open.. and open.. and open.. the fresh air of life..
out in the open.. in the nice meadow of fresh smelling grass.. oh! how I wish to be just lying.. up ahead the sky so blue.. the stars twinkling.. and do just nothing.. just me and myself.
wow!
Takhallii.. Tahalli..
1) tugas takhallii.
2) tugas tahalli.
Tugas Takhallii.. bersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik.
Bagaimana?
- membaca al-quran dengan tadabbur.
- membiasakan perut dalam keadaan lapar dan haus.
- qiyaamullail.
- meminta ampun kpd Allah di waktu sahur.
- bergaul dengan orang baik-baik, orang-orang saleh.
- makanan yang halal.
Tugas Tahalli.. yakni suatu tugas yang dengan kata lain dapat disebut dengan mengisi wadah yang sudah suci bersih.
Ibarat kain kotor, maka tugas takhalli ialah mencuci kain itu sehingga menjadi bersih dan keluarlah semua daki-dakinya.
Maka apabila kain itu sudah bersih, maka dikanjilah dan dijemurlah kain tersebut hingga kering dan barulah kain itu diseterika (digosok).
Mengkanji kain, menjemur dan menggosoknya.. itulah tahalli.. atau dengan perkataan lainnya suatu tugas yang meengkapi dengan hal-hal yang baru, sebab wadahnya sudah bersih.
Hakikat Syukur
syukurku tidak cukup dengan (membalas) pemberian-pemberianmu,
dan tetap aku berusaha dengan bersungguh menjalaninya.
berfaedahlah kepadamu pemberian yang putih bersih daripadaku,
iaitu tiga: dua tanganku, lidah dan hatiku yang terselubung.
Maksud penyair, meski bagaimanapun, terima kasihnya atas pemberian-pemberian temannya yang merupakan kurnia-kurnia Allah s.w.t., namun begitu belum dapat memenuhi setimpal dengan kurnia-kurnia Tuhan.
Tetapi sungguhpun demikian ia berusaha dengan memberi kesyukurannya, dari anggota-anggota tubuhnya, iaitu tangannya, lidahnya dan hatinya.
Itulah syukur dan itulah hakikat terima kasih, baik kepada Allah s.w.t. mahupun kepada manusia.
Syukur adalah kegembiraan hati kepada yang memberi nikmat, kerana nikmatNya.
Kegembiraan hati itu melampaui dan melewati kepada anggota tubuh lahiriah, maka patuhlah dan terdoronglah anggota-anggota tubuh itu melaksanakan perintah-perintah Allah dan anjuran-anjuranNya. Dan menjauhkan sekalian laranganNya dan yang tidak diredhai olehNya.
Mudah-mudahan kita dijadikan sebagai hambaNya yang betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.
Permata dan Satu Perjalanan
Teringat pesan ayah di suatu petang.
Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya:
"Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"
Rasulullah SAW menjawab:
"Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1.) Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2.) Kamu kufurkan kebaikan suami."
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.
Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata."Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.
"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia," pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali "memandang tinggi" kehadiran seorang suami.
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya.
Bisikkan di sanubari,
"Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."
Ingat, kehidupan di dunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kepada kebaikan.
Wednesday, September 02, 2009
Hei oh Hai!
Selat Melaka!
Sejauh jarak pandangan mata,
Hari ini aku dekatkan pantaimu,
Aku cetekkan airmu.
Aku berenang mengharungimu dengan segala kekuatan.
Aku sampai dalam sekelip mata,
Tidak sempat bertanya, aku sudah tiba.
Hai!
Selat Melaka!
Redalah gelombangmu.
Segala jerung, segala yu,
Semua menjadi sahabat,
Menolong kepadaku,
Sampai ke seberang sana.
Air masin menjadi tawar,
Yu liar menjadi jinak,
Jerung ganas menjadi sahabat.
Hai!
Angin Selat Melaka!
Teduhlah angin, teduhlah ribut,
Terik matahari menjadi nyaman.
Hai!
Awan!
Lindungilah aku,
Daripada kepanasan.
hilang
hilang malam oleh siang.
hilang benci oleh rindu,
hilang rindu oleh dendam.
hilang kilat oleh kilau,
hilang karat oleh limau.
hilang cantik oleh panau,
hilang racun oleh penawar.
hilang sakit oleh jampi,
hilang marah oleh rindu.
hilang malas oleh rajin,
hilang malu oleh kasih.
hilang busuk oleh wangi,
hilang bayang oleh terang.
hilang sengketa oleh muafakat,
hilang kalah oleh usaha.
hilang dendam oleh maaf,
hilang seteru oleh sahabat.
hilang perang oleh damai,
hilang damai oleh perang.



