alhamdulillah..
atas kehendakNya jua.. a new day has arrived..
like an hour glass..
one day at a time..
yesterday is done..
the morning has come..
live life 2 the fullest..
for the next moment.. is yet 2 b known..
clean.. as we go..
day by day..
hour by hour..
minute by minute..
second by second..
al-waqtu saifun..
waktu itu pedang..
kiasan hukama:
pedang itu lembut sentuhannya..
namun ketajamannya.. lg memutuskan..
jika kita lemah lembut dgn pedang..
insya allah selamat..
jika kita berkasar..
pedang bisa memutuskan..
Tuesday, January 13, 2009
Friday, January 09, 2009
Benar.. Tetap Benar..
Yang Benar Tetap Benar
berkata benarlah, walaupun sukar
kerna,
pada yang benar, adanya sinar
yang benar tidak boleh diganti tukar,
sekali pun cuba disangkar oleh yang mekar
kerna yang benar itu benar,
sekalipun ada yang bersikap hambar
hantarlah bicara yang benar
agar mengalir ke setiap alor dan datar,
ke hutan belukar ke paya yang terbiar,
ke desa yang pudar dan bandar yang besar..
nyatakan yang benar
di daerah yang hambar dan kota mekar
di akhbar tersiar juga. tv dan radio terpancar
untuk si miskin yang terlantar
dan si kaya yang tersandar
cakaplah yang benar, walaupun tidak dibenar
sekalipun disanggah tegah disambar kasar
kerna Tuhanmu adalah
Tuhan yang Maha Benar,
Rasulmu ialah obor sabar
cahaya sinar buat yang benar
maka yang benar itu tetap benar
nukilan dr mohd asri zainul abidin, KT-KL, 25 oktober 2008..

Perjuangan.. Keikhlasan..
Suara Tajdid Kami
(Balada Buat Ibn Taimiyyah)
suara gagah indah Ibnu Taimiyyah
segar beredar, mewarnai sejarah
aduhai imam, pujian zaman
dikau mujaddid pilihan Tuhan
kerana kebenaran engkau dipinggirkan
kerana amanah engkau telah difitnah
kerana cinta mulia engkau dipenjara
kerana Tuhan engkau pun telah ditahan
meskipun jasadmu dikurung orang
dirimu terus menjadi sebutan
walaupun zamanmu itu telah berlalu
namun keikhlasan tak pernah berguguran
suaramu tetap kami warisi
penyala obor suci nur ilahi
dikau penyambung lisan nabi
dikau cahaya tajdid kami
walau generasi berlalu pergi
namamu kan tetap terus dipuji
jangan gusar di mulut yang celupar
penabur fitnah tidak pernah sudah
namun kamilah suara pembela
kejujuranmu adalah cahaya
selagi ada hari
selagi ada bumi
suara kebenaran akan terus kedengaran
perjuangan tidak berakhir dengan kematian
di mana ada keikhlasan, ia berterusan
nukilan dr mohd asri zainul abidin, kangar, 30 mei 2008..

Malu
Aku Malu Kerna Dipuji
aku malu pada Tuhan dan diriku
mendengar pujian orang buatku,
kerna ku tahu, aku tidak layak untuk itu..
Ilahi Kau Maha Mengetahui tentang hambaMu ini,
dosa dan noda pada anggota dan jiwa..
dalam kesunyian malam, kupohon keampunan
janganlah pujian orang itu hanya igauan..
sedang daku di lembah kemurkaan..
hulurkan untukku lautan kampunan..
limpahkan daku hamparan keikhlasan..
hingga pujian atau makian..
tidak akan menggugat perasaan
Tuhanku, ampunlah daku bila aku dipuji,
sedangkan Dikau Mengerti..
diriku ini belum cukup murni..
siapalah daku disamping hamba-hambaMu yang suci..
para Mujahid yang cukup berbakti,
sedangkan aku di pinggiran budi,
belum cukup harta, atau air mata yang ku cucuri,
belum pun darah ku tumpahi, atau nyawa ku korbani,
mereka sudah memuji,
sedangkan baktiku belum terbukti..
bahkan jauhnya antara langit dan bumi..
maka, tutupilah kelemahan diri ini,
ketika dahi merapat ke bumi, aku tangisi
dalam kesunyian dinihari.. aku ratapi
aku amat malu padaMu Illahi
aku bimbangkan nifaq diri tersembunyi..
bimbangkan puji membunuh kejujuran naluri..
wahai Ilahi!
ampunkan daku kerana tak layak dipuji..
ampunkan mereka kerana salah memuji..
nukilan dr mohd asri zainul abidin, kangar, 27 jun 2008..

Alam dan Manusia
"alam semuanya adalah gelap gulita dan bahawasanya yang meneranginya ialah kewujudan Allah s.w.t. pada alam itu sendiri"
a song by aisyah..
Merenung Bulan
terleka aku melihat kemesraan
mereka berpasang-pasangan
bersenda keriangan
bertanya aku pada diri sendiri
mengapa kutersisih
diulit mimpi sedih
haruskah aku membandingkan
nasib diri dan tuah orang
haruskah aku melupakan
segala kurniaan
entah mengapa mataku ini
halaman orang nampak berseri
laman sendiri berwarna warni
tak bererti
terlalu asyik memandang bintang
merenung bulan tinggi di awan
bumi dipijak
rumput yang hijau kulupakan
entah mengapa sering terlupa
rahmat yang tiba berbeza-beza
untuk semua kurniaanNya tak terhinggga
janganlah asyik memandang bintang
merenung bulan tinggi di awan
bumi dipijak rumput yang hijau
dilupakan
a song by aisyah..
Merenung Bulan
terleka aku melihat kemesraan
mereka berpasang-pasangan
bersenda keriangan
bertanya aku pada diri sendiri
mengapa kutersisih
diulit mimpi sedih
haruskah aku membandingkan
nasib diri dan tuah orang
haruskah aku melupakan
segala kurniaan
entah mengapa mataku ini
halaman orang nampak berseri
laman sendiri berwarna warni
tak bererti
terlalu asyik memandang bintang
merenung bulan tinggi di awan
bumi dipijak
rumput yang hijau kulupakan
entah mengapa sering terlupa
rahmat yang tiba berbeza-beza
untuk semua kurniaanNya tak terhinggga
janganlah asyik memandang bintang
merenung bulan tinggi di awan
bumi dipijak rumput yang hijau
dilupakan
Ketentuan
Surah Al-Qamar, Ayat 49:
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)".
Hadis yang telah sepakat Imam Bukhari dan Imam Muslim:
"Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah:
Hai Rasulullah apakah itu iman?
Menjawab Nabi:
Iaitu bahawa engkau beriman dengan Allah s.w.t., malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, dan hari kemudian. Juga engkau beriman dengan qadar baiknya, buruknya, manisnya dan pahitnya adalah dari Allah s.w.t."
Surah Al-Baqarah, Ayat 102:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya);
kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)".
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua:
ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka.
Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui".

What Do I Do?
I asked myself:
Where do these Palestinian hide to.. of this terror of war?
Where do we as Muslim hide ourselves from also.. the terror of war.. war of the syaitan against Muslim?
Above all.. how do we as Muslim protect ourselves against syaitan?
What do we do then?
What do I do?
"Mujaahadah"
Kita..
harus memerangi hawa nafsu kita dengan latihan-latihan..
harus banyak ingat kepada Allah s.w.t. dalam segala gerak-geri kita..

Where Do You Hide?
Laila El-Haddad wrote this in her blog.. "Raising Yousuf and Noor: diary of a Palestinian mother"..
Where do you hide? The terror in Gaza continues.
"You don't know anymore; you don't know who is alive, you feel you are in a trap, you don't know who is a target" said my friend and neighbour in Gaza city, journalist Taghreed El-Khodary, the fear resonated in her voice, over the phone to Aljazeera.
Taghreed lives on the street over from my parent's.
"Where to? Where can I go seek refuge to?" she continued.
"I live next to the parliament which was destroyed; next to the police station, which was destroyed; next to the hospitals, which were bombed; and the Israeli navy is shelling from the sea, the F-16s from the sky, the tanks from the ground...where to?" she repeated again and again.
"First your house shakes, and the windows break, and the fear...the fear. And when you see all these children around you in the hospital. Some can draw and what they drawing is unbelievable. A six-year old boy in my house drew a picture of boy that was alive, and another that was dead. He said the dead boy was his friend, whom the Israelis killed. And the father is unable to protect his child. And the mothers are trying to hide their fear from their kids."
and further reading..
http://a-mother-from-gaza.blogspot.com/

and Now
Now.. as I read further.. also.. from Ummi Roses..
"Insya Allah... sekadar berkongsi dengan teman semua syair indah dendangan Chrisye buat renungan bersama...
di mana suatu saat yg PASTI tiba... ia itu saat kebohongan kita selama ini akan dibuka...
Ya Allah
Ya Nuur
Ya Hadii
tunjukkan jalan cahaya kepada kami...
amin..."
akan datang hari
mulut dikunci
kata tak ada lagi
akan tiba masa
tak ada suara
dari mulut kita
berkata tangan kita
tentang apa yang dilakukannya
berkata kaki kita
ke mana saja dia melangkahnya
tidak tahu kita
bila harinya
tanggung jawab tiba
rabbana
tangan kami
kaki kami
mulut kami
mata hati kami
luruskanlah
kukuhkanlah
di jalan cahaya
sempurna
mohon kurnia kepada kami
hambaMu yang hina

Yesterday and Today
Yesterday.. as usual.. as I got into my car.. auto cruised I switched on the radio. A talk show was on air.. pertaining Raudhatus Sakinah. Oh.. I said to myself.. and I began to listen with earnest interest.
Gone was the memory of that friendly chat over dinner with Yatinma a few minutes ago prior to this turned of interest. Yatinma and I, we both were from the same university when we did our degree. Insya Allah, Yatinma will be joining me at this office one day.
Coming back to Raudhatus Sakinah.. there were Ummi Roses, Kak Yati and a few others on air sharing their contributions towards the community of those fated teenagers - the girls. These girls are in the safe confinement of shelter by Raudhatus Sakinah.
Ya Allah.. bless these people for being there for these girls.. who ever they are.
Today.. I would like to share one of the story posted by Ummi Roses at her blog http://ummiroses.blogspot.com/ which she mentioned over the air yesterday..
I would just want to copy and paste the touching story here..
Tak Tertangguh Walau Sesaat
Terima panggilan hampir jam 6 petang waktu berjalan keluar dari ofis, “Ros, kak Sofi rasa tak sihat ni…”
Terus kak Ros jawab “ok kak Sofi… jap Ros datang ambik kak Sofi ye, tunggu Ros… jap lagi Ros sampai…”
Tak sampai setengah jam agaknye kak Ros tiba depan rumah kak Sofi, kakak kepada suami kak Ros dan terus menjemputnya masuk ke dalam kereta.
Dalam kereta, kak Ros bertanya, “kak Sofi rasa tak sihat macammana ye?”
“Rasa letih sangat Ros… penat naik turun tangga di LRT agaknya".
Terasa perlahan benar suara kak Sofi kali ni. Terasa sayu pulak. Elok benar kalau diajak makan bersama. Alhamdulillah sebelum mengambilnya, kak Ros singgah kejap di gerai dan membeli lauk kegemaran sebagai tambahan lauk pauk di rumah. Lagi pun dah lama benar tak berjumpa dengan kak Sofi. Bekerja setiap hari di Dewan Bahasa dan Pustaka dan hujung minggu pula ke Rawang bermain dengan cucu sulungnya di sana. Baru empat hari lepas kak Sofi menyambut hari lahirnya langsung menamatkan kerjayanya di ofis… pencen pada umur 56 tahun. Agaknya kak Sofi menunggu-nunggu saat ini untuk merehatkan dirinya dari mengharungi kegawatan pagi dan petang berebut-rebut menaiki LRT dan bas berulang alik dari rumah ke ofis. Tentu sangat meletihkannya.
Perasaan ingin tahu tentang kesihatannya membuat kak Ros terus bertanya samada beliau ada muntah tadi.
Jawapannya “ada sekali” menjadikan kak Ros mengesyaki mungkin ada kena mengena dengan jantungnya.
Namun, kak Sofi terus bercerita tentang perjumpaannya dengan suami kak Ros pagi tadi apabila beliau meminta adiknya itu menemaninya ke bank. Alhamdulillah... sempat mereka berdua makan pagi bersama. Kak Ros membiarkan kak Sofi bercerita tanpa menyampuknya… kelihatannya seperti sedang menzahirkan kegembiraannya.
Bila keadaan senyap, kak Ros ambik kesempatan bertanya “kak Sofi ada tak rasa sesak nafas ye?”… soalan yang tak mendapat jawapan… hanya kedengaran bunyi tarikan nafas yang kuat seperti dengkuran tidur.
Terus kak Ros memalingkan muka kepada kak Sofi yang berada di sebelah tempat duduk kak Ros yang masih memandu ini. Eh..kak Sofi tiba-tiba menjadi kejang seluruh badannya… masyaAllah! Bila mukanya bergerak memandang kak Ros kelihatan mulut yang sudah berbuih.
“Astaghfirullahhal ‘Adzim… kak Sofi kenapa ni?” Kak Ros terus memegangnya dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memandu menuju klinik yang berhampiran. Segala zikir yang kak Ros ingat dibacakan sekuatnya dan terasa badan ini makin menggigil.
Sebaik sampai klinik, kak Ros meminta tolong beberapa orang yang sedang berada di kedai berhampiran untuk membantu mengangkat kak Sofi masuk ke dalam klinik. Doktor berusaha keras memberi rawatan sewajarnya. Kak Ros membisikkan syahadah di telinga kak Sofi. Doktor mintak kak Sofi segera dihantar ke hospital berdekatan. Diangkat semula kak Sofi ke dalam kereta kak Ros oleh beberapa orang yang membantu tadi.
Sebelum bergerak, doktor telah memegang tangan kak Ros dan berkata perlahan, “kak, saya tak jumpa nadinya tadi…”
Dalam hati kak Ros terus berdoa… Ya Allah, bantulah hambaMu ini…
Dengan dibantu oleh seorang sahabat JIM Gombak, Salman telah meminta kak Ros beralih tempat duduk supaya beliau yang memandu kereta untuk dibawak ke Hospital Selayang. Kak Ros sempat singgah mengambil Mashitah, anak kak Ros di rumah yang terus memangku kak Sofi. Dalam masa yang sama, Dr Samsuddin juga ahli JIM Gombak sekejap-sekejap menelefon kak Ros untuk memastikan kak Ros tidak sulit menghadapi keadaan yang mencemaskan ini.
Sampai di hospital, kak Sofi telah disahkan meninggal dunia beberapa ketika sebelum tiba di sana. Adam, anak kak Sofi menangis sekuatnya kerana terkilan tak dapat menunaikan hasrat berjumpa emaknya. Kak Sofi meninggalkan dua anaknya Adam dan Ani sebagai yatim piatu kerana suaminya telah pun pergi mengadap Ilahi 11 tahun dulu.
Innalillahi wainna ilaihiraaji’uuun. Jenazah kak Sofi selamat dimandikan malam itu juga dan dikebumikan pagi esoknya. Alhamdulillah… segalanya telah pun selamat disempurnakan.
Ketika munajat kepada Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan…terasa begitu hampirnya Malaikat Maut dengan kak Ros pada saat kak Sofi menghembuskan nafas yang terakhir. Rupanya diri ini bersebelahan saja dengan hamba Allah yang taat menunaikan perintah mengambil nyawa manusia. Airmata ini tidak lagi boleh dibendung-bendung… betapa ia tidak melewatkan sedikit pun janjinya kepada Allah. AmanahNya menjemput kak Sofi telah tertunai tanpa diganggu. Siapa yang berani menyekat kedatangannya dan menghalang jemputannya? Subhanallah! Allah telah memilih kak Ros untuk merasai ketibaannya. Rasa begitu dekatnya dengan kematian...
Sudah adakah bersamaku bekalan mengadap Allah ini nanti?
Apakah aku bisa menjawab persoalan-persoalan sketsa kehidupan yang akan dibentangkan di hadapanku?
Sedangkan mulut akan terus membisu... tiada alasan lagi untuk menidakkan kenyataan demi kenyataan yang dipertontonkan terhadap diriku!
Bagaimana pulak insan lain yang ku kenali sebelumnya… adakah mereka akan membantu menyelamatkan diriku dari terus terhumban dari azab Allah?
Cukupkah amalan yang sepatutnya menjadi penyumbang terbesar menaikkan saham sebagai pemberat timbangan untuk sampai mencecah kakiku ke dalam Jannah nanti?
Cukup solehkah anak-anakku untuk diterima doa mereka di saat aku menantinya di alam barzah nanti?
Macam-macam persoalan mula bermain di kepala…
Bagi sahabat-sahabat dan anak-anak yang dah lama kenal, maafkan kak Ros/ummi di atas segala kesilapan, kesalahan dan kealpaan selama ini. Untuk sahabat yang baru ditemui baik di alam realiti atau di forum maya, mungkin ada yang tidak berupaya menerima kak Ros seadanya, kak Ros mohon berbanyak ampun dan maaf.
Jika tidak kerana keluarga dan sahabat, mungkin jugak kak Ros akan terus leka dengan kepalsuan dunia… Alhamdulillah. Dengan izinNya jugak, kak Ros dipertemukan dengan segala macam ragam manusia… belajar mengharunginya, mendidik diri untuk kembali kepada Allah bukan hanya ketika menghadapi kesusahan malah lebih-lebih lagi pada saat gembira menemukan penyelesaiannya.
Subhanallah… Ya Allah…jadikanlah kami ni hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Umur kita mungkin sekadar ini atau mungkin lebih lagi… tak tahu bila akan dipertemukan lagi baik di sini atau di sana. Moga kita semua dijemput Allah dalam husnul khatimah…
AlFatihah untuk kakak ipar kak Ros, Sofiah Binti Abdul Hamid - 16 April 2008 M / 9 Rabiulakhir 1429 H.

Subscribe to:
Posts (Atom)