Thursday, October 08, 2009

Pandanglah? Lihatlah?

The other day, I was talking with a friend and something about what that friend said hanged me on thinking mode for a while.  Until this very morning I came acrossed that is very relavant to what that friend was telling me.


Diriwayatkan bahawa al-Sahrawadi berkeliling ke sebahagian masjid al-Khaif di Mina sambil memandang wajah orang-orang yang ada di sana.

Beliau ditanya oleh seseorang:
"Mengapa tuan memandang wajah-wajah orang lain?"

Beliau menjawab:
"Sesungguh Allah s.w.t memiliki beberapa orang yang jika memandang orang lain maka mendatangkan kebahagiaan bagi yang dipandang dan aku mencari orang yang sedemikian itu."




oh.. wow!

Kasih Sayang

Berkaitan dengan baiknya kasih sayang, memang sesuai dgn hadis riwayat Ibn Hibban, al-Thabrani dan al-Baihaqi, dari Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Nabi Muhammad bersabda:


"Ramah tamah terhadap manusia adalah sedekah."


Ramah tamah ni.. boleh dengan ucapan atau perbuatan.  Hal sedemikian akan mdatangkan pahala sepertinya sedekah.

Antara keramah-tamahan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Baginda tidak pernah:
- mencela sesuatu makanan,
- menengking pelayan, dan
- memukul seorang wanita.

Kebaikan ramah tamah adalah selalu bermanis muka dan berbudi bicara yang baik.

Separoh Je?

- akal,
- ilmu, dan
- penghidupan..


antara.. nasihat-nasihat daripada Imam Nawawi tentang:
- separoh akal,
- separoh ilmu, dan
- separoh penghidupan



Diriwayatkan dari Sayyidina Umar bin al-Khatab r.a., dia berkata:
“Kasih sayang yang baik terhadap manusia adalah setengah akal"


"Kebaikan soalan (pertanyaan yang baik) itu separoh daripada ilmu", dan

"Kebaikan pengurusan (pentadbiran) itu adalah separoh daripada kehidupan.”

Sunnah

from a reading..

Diriwayatkan dari Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a:

"Barang siapa tidak ada padanya Sunnah Allah, Sunnah rasulullah dan Sunnah Wali-Wali Allah, maka dia tidak mempunyai sesuatu pun di tangannya."


Selanjutnya, ditanyakan kepada Sayyidina Ali:
"Apakah Sunnah Allah itu?"

Ali menjawab:
"Ialah menyimpan rahsia."


Ditanya lagi:
"Apakah Sunnah Rasulullah?"

Beliau menjawab:
"Iaitu berbuat rahmah terhadap sesama manusia."


Dan ditanyakan lagi:
"Apakah Sunnah Wali-Wali Allah?"

Beliau pun menjawab:
"Memikul beban penderitaan dari para manusia."





Rahsia, adalah sesuatu yang mesti disembunyikan, agar orang lain tidak mengerti. 
Menyembunyikan rahsia orang lain adalah wajib.


Manakala berkaitan sifat ramah tamah, sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah syair:
"Berbuatlah terhadap mereka selagi engkau berada di rumah mereka; dan buatlah hati mereka puas, selama engkau berada di bumi mereka."

Tuesday, October 06, 2009

Surah Al-Kauthar

Surah Al-Kauthar, Ayat 1-3:

1)
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

2)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

3)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)".



Surah ini mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah, membawa maksud akan sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasa air sungainya lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu. Baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana ketika turunnya surah ini baginda begitu sedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Surah ini juga surah penawar dan boleh diamalkan dengan membacanya sebagaimana yang disarankan dan antaranya jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, baca surah ini pada air mawar dan sapukan pada mata.. insya Allah.

Raya Blues

it has been a while.. and i have been away from my writing..

and back at work.. phew! reading.. reading and more reading..

and my eyes are killing me softly love with the sight..

and i need more sleep.. eyes wide open.. he he.. eyes shut tightly lah weh! to ease on the pressure on the eyes..

and yup! waste not.. tea for my eyes.. err tea bags for my eyes..

and surah al-kauthar.. that ease my eyes.. last night..

alhamdulillah..